Sunday, April 19, 2009

Minat anak-anak

Semenjak pandai membaca pada usia 5 tahun, Almi Fatihah (anak bongsu setakat hari ini) sangat minat pada buku. Sekarang, Fatihah sudah berusia 8 tahun. Sangat cekap membaca dan faham apa yang dibaca. Sekarang, dia sedang menekuni buku motivasi karya Dr Noraini Ahmad. Apabila ditanya tentang cita-cita, dia akan yakin menjawab, kakak nak jadi cikgu...

Oklah tu, tak nak jadi Pensyarah? tanya saya.

Dia akan geleng kepala dengan tegas. Bila ditanya kenapa, dia tersengih. Apalah agaknya yang dia nampak dari mamanya sehingga enggan menjadi pensyarah...

Yang ke dua(paling kanan), suka menyanyi. Dia cepat hafal lirik dan suka bergendang. Almi Farhan agak lambat membaca. Bacaan adik beradik lain sudah mencecah halaman 30, dia baru halaman 12. Dan berehat seketika apabila selesai satu mukasurat. Suka bergaya. Gel Code 10 akan sentiasa disapu di rambut. Bila nak ambil wuduk, dia kata..alaaa mama, habislah Code 10 Angah...

Sekarang musim Angah menyanyi. Khabarnya, dia jadi penyanyi solo kumpulan nasyidnya. Sampai serak-serak suara Angah. Dan kadang-kadang dinasyidkan lagu-lagu pop masa kini. Saya biarkan saja minat anak yang seorang ini. Namun dalam hati berdoa, janganlah ikut jejak Faizal Tahir, Faisal Tehrani tak apa!
Kembali merenungi minat anak-anak, saya pasti cabaran ibubapa kini tentu sangat berat. Terkadang minat mereka tidak selaras dengan tuntutan Syariah. Bagaimana cara kita menangani cabaran ini?
Dan minat Along (makan nasi) merisaukan saya...

5 comments:

zura said...

tak berubah muka angah.. anak no.2 mmg mcm tu kot.. suka lain dr yg lain

Nizam Awang said...

kak zura,
anak no.3 mcm mana pulak?
tunggu. kannn.., kak ani..hihihi
gurauan di hari isnin..

~ nizam arjuna

Anonymous said...

Nizam, terima kasih atas tribute lagu sumayyah...lagu yang sering berkumandang dalam bilik B118 UiTMJ dulu-dulu...

Moga Nizam akan berjumpa dengan Sumayyah Malaysia di sana

Kak Ani

Anonymous said...

Nizam

Lupa nak habaq, Kak Zura dah 31 hari dalam pantang, dapat baby girl, Dzurin Alia Batrisya.

Kak Ani

Anonymous said...

Zura

Itulah keistimewaan anak no 2, buat pengetahuan Zura, kak ani pun anak no 2, memang banyak nyusahkan mak abah masa dulu-dulu:)

Kak Ani