Saturday, April 11, 2009

PTS Cemerlang di Segamat

Saya membawa anak-anak ke Dewan Jubli di bandar Segamat. Ada Pesta Buku. Kebanyakannya buku akademik. UPSR, PMR, SPM dan STPM. Lambakan buku-buku PTS menggembirakan hati saya. Alhamdulillah, anak-anak saya seronok memilih buku-buku terbitan PTS. Setelah berjaya memilih sebuah buku seorang (dihadkan satu seorang, mamanya terlupa nak keluarkan duit), kami ke kaunter.

Juruwang berbangsa Cina. Nampak sahaja 5 buah buku terbitan PTS diletakkan di atas meja, dia 'bercho che, cho che' dengan rakannya. disebut-sebut PTS beberapa kali. Saya menyerkap jarang.

"Ramai ke beli buku PTS?"

"Lamai loooo, buku PTS bagus, mahal tapi dia punya isi banyak bagus looo..."

Saya setuju dengan juruwang Cina tersebut. Buku PTS agak mahal namun sangat berbaloi. Tidak rugi membuat pelaburan atas buku.

Saya memilih Travelog Iran, Menyingkap Bumi Ahmadinejad. Anak-anak memilih Sakit Gigi, Debaran Buku Biru, Misteri Vila Penn dan Abang, Adik dan Ayam.

Tahniah Puan Ainon!

5 comments:

AnDeH said...

Bgsnye andai Andeh memiliki buku
pemikir dan pemimpin bersuara lantang, perjuang agenda dan hasrat ummah kita

-Andeh-

IlhamHamdani said...

Salam Puan Aniisma yang diingati,

Saya, sebagai salah seorang daripada 300 penulis PTS tumpang kembang semangkuk .. hehe

Puan, satu benda yang menarik tentang PTS yang mungkin sudah menjadi satu rahsia umum ialahniat PTS yang ingin memandaikan bangsa, sambil mempertahankan nilai Islam.

Nah, Tuhan balas dengan rezeki yang mencurah-curah, Subhanallah!

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

ROS said...

Salam Ani,

t-shirt tu saya dapat dari adik ipar kakak angkat saya. Ia dibuat dengan warna oren, purple muda, kelabu, merah, pink. Saiz untuk kita yang dah jadi mak ni L,XL,XXL. Tempahan siap dalam lebih kurang 3 minggu. Ani berminat? Minta no hp saya pada Halim.

UmmiAmmaR said...

puan..PTS tu ape yek..hehehe..jgn mare

Anonymous said...

Assalamualaikum

Jo, Puan Ainon memang tegas dan lantang.

En IlhamHamdani,moga PTS terus mara dengan niat suci itu.

Ita, boleh juga untuk anak perempuan Ani.

Mona, PTS ialah nama syarikat penerbitan buku yang sedang melebarkan sayap dengan hebatnya. Pemiliknya Melayu.

Noraini Ismail