Friday, December 28, 2007

Bertemu Dr Mawar

Bertemu dengan cerpenis terkenal ini membuat saya begitu teruja. Perasaan yang sama turut dirasai ketika bertemu dengan Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Dr Mawar secantik namanya. Tutur suaranya yang lembut amat saya senangi. Perkataan yang keluar dari mulutnya seperti bahasa buku: tersusun, tersaring dan jernih...saya juga belajar banyak perkataan baru. Turut membeli kumpulan cerpen beliau. Harapnya boleh menghabiskan bacaan malam ini juga. Tiba-tiba baru saya terperasan yang entri saya kali ini adalah sama seperti bahasa buku juga..hehehe

Monday, December 10, 2007

Segamat banjir lagi-10 Disember 2007

Seperti yang telah dijangka, Segamat banjir lagi, walau tak sedrastik tahun lepas, air naik sedikit demi sedikit, jadi penduduk dah boleh agak bila patut angkat barang yang mana patut. Taman Sedeng seperti tahun sudah, masih terselamat walau jalan darat dah tertutup. Satu2nya jalan ialah ikut landasan keretapi kat depan tu. Bagi yang bermotosikal atau berbasikal, masih boleh ke Segamat Baru kalau2 nak beli barang ke apa ke tapi dengarnya bandar Segamat dah ada tempat2 yang tenggelam. Hati risau dada berdebar, takut2 air naik ke Taman ni. Dahle tak ada lelaki dewasa nak tolong2 angkat barang kalau dah terdesak. Semoga air tak naik, ya Allah.

Kg Jawa pun dah naik air. Hisyam bagitau Taman Tasik setakat petang tadi dah sampai lutut. Alhamdulillah kenduri kahwin abangnya semalam. Tapi kesian pengantin baru...terpaksala tolong cuci rumah mertua bila dah surut nanti...mana2 pasangan bakal pengantin tentu dah susah hati.Sebab kali ni dijangka hujan tak menentu sampai bulan Mac..lama tuuuu...harap2 jangkaan jabatan meteordologi tu tersasar jauh.....ke Amerika tempat Bush kalau boleh!!!!

Tak lena la tidur malam ni...baca2la Quran insyallah...

Friday, December 7, 2007

Jangan pisang berbuah dua kali

Pukul 5 pagi tadi terjaga dan terdengar bunyi curahan hujan. Ish...dah tiga hari dah ni tapi rentak curahan tahun lepas lagi rancak. Bersiap2 nak keje, pagi ni kena berkumpul di Dataran Segamat, Pak Lah nak datang. Bagus jugak datang time macam ni, boleh tengok live tempat2 yang sering dilanda banjir. Lapas tu, tambah2la apa yang patut untuk menaik taraf Segamat ni. Kak Zura ajak car pool. Dari jauh dah nampak kenderaan buat u turn. Ah sudah pasti air dah naik kat jambatan tu. Betul! Terpaksa ikut jalan ke Bukit Siput. Di simpang Fajar yang dah tutup for good, sinar2 jammed dah kelihatan. Alhamdulillah ada kawalan polis trafik. Laluan kenderaan ringan bawah rail keretapi dah tenggelam. Tokong Buddha pun dah di kelilingi air yang meninggi. Tangga Masjid Lubok Batu dah tenggelam. Kiri kanan bahu jalan dan penuh air. Sampai juga akhirnya ke tempat kerja tercinta, punch in dan terus naik bas ke Segamat...

Janganla banjir lagi.Perit!Moga ALLAH mengabulkan doa hambaNYA ini...

Thursday, December 6, 2007

Risau

Semalam ke shah alam, ada mesyuarat. Anak kat Segamat kata hujan dari pagi. Dalam perjalanan balik Segamat, cuaca nampak tersangat mendung di kawasan selatan. Hujan lebat ni..bisk hati. sampai kat seremban. memang sah, rintik2 hujan dan mula merenyai. Sepanjang jalan kemudiannya hujan lebat sampai pandangan kabur...tapi driver dah 21 tahun memandu...not to worry...tawakal. Sampai Segamat dah dekat maghrib, masih hujan. Sampai rumah, SpaQ dah nak habis..masih hujan..solat maghrib,isya',subuh....masih hujan..alamak...terkenang tahun sudah, banjir besar melanda segamat.Ya ALLAH semoga tahun ini tidak berulang lagi...

Wednesday, November 28, 2007

Andainya...

Pagi ni sayu lagi...dahla malam tadi sayu...pagi ni bertambah kesayuan bila membaca berita tentang adik Norain dari JB yang menderita sakit paru-paru rosak. Baru berusia 6 tahun dan kepingin ke prasekolah awal tahun depan. Perlu RM1.7 juta jika nak buat pembedahan organ.Sekecil itu telah diduga, apalah yang dia faham tentang erti derita, yang lebih derita tentu ibubapa..Andai sahaja aku ni kaya gila, tentu saja kutolong segera...

Pilu...

Monday, November 26, 2007

Mengharap panggilan Haji

Sebentar tadi, masuk emel seorang rakan yang akan berangkat ke Tanah Suci. Tiba-tiba hati jadi sayu.Bila agaknya diri sendiri akan sampai ke bumi penuh berkat itu? Rasanya, perlu pergi dalam tahun-tahun terdekat ni...tapi kalau tambang naik lagi, kena tunggu beberapa tempoh lagi...Tapi tiba-tiba juga terkenangkan betapa kurangnya ibadat di bumi sendiri. Perlu perbaiki dulu..baiki sungguh-sungguh sebelum kaki kananku mencecah bumi itu...

Kasihnya Melur

Salam

Kenapa Melur? Melur bunga kegemaran. Harumnya menikam kalbu. Sucinya setulus kasih ibu. Hamba Allah yang lahir pada bulan Jun ini agak sensitif atau mungkin agak ala-ala sasterawan yang agak mudah tersentuh..(huh banyaknya agak). Itu hasil kajian Dr. Fadillah Kamsah. Mungkin agak betul. Kenapa pula titisan? Kalau letak tumpahan lagi tak kena..titisan walaupun tak banyak tapi boleh memberi kesan...harapnya begitulah...

Wasallam