Tuesday, April 21, 2009

Kelangsungan Bangsa

Ibnu Khaldun pernah berkata...

"Jika Allah hendak meruntuhkan suatu bangsa, maka Allah akan membiarkan penduduk bangsa itu melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan menelusuri jalan-jalan keburukan, sehingga hilanglah keutamaan politik daripada mereka sama sekali. Mereka akan terus mundur hingga hilang kekuasaan daripada tangan mereka dan beralih ke bangsa lain. Kajilah bangsa-bangsa besar dalam sejarah, anda akan membuktikan kebenaran ucapan kami ini."

Malaysia, 2009, bangsa Melayu sering dikaitkan dengan najis dadah (rujuk statistik Agensi Dadah Kebangsaan), jenayah sosial (rujuk kes-kes di Henry Gurney), mengandung luar nikah dan murtad (rujuk kes-kes di Raudhatus Sakinah dan pusat penjagaan wanita seumpama) dan puluhan perbuatan tercela lagi.

Mampukah bangsa Melayu di bumi Malaysia ini meneruskan kelangsungan mereka?Kelangsungan yang penuh bermaruah. Panglima Hang Tuah pernah berkata takkan Melayu hilang di dunia.

Bak kata Nabil Raja Lawak (yang mempertahankan tindakan terpeluk buah hatinya bak berada di malam Grammy Awards) Anda Fikirlah Sendiri...

Saidian Ali Abi Talib pernah berkata

"Orang yang hanya berfikir untuk sesuatu yang masuk ke dalam perutnya (makanan dan minuman) maka nilai orang itu tidak lebih daripada sesuatu yang keluar dari perutnya (najis)"

Langganlah majalah Solusi!

7 comments:

AnDeH said...

ermm da siap da blognye..
sy dok skudeng2 b4 this
ade letak linknye kt blog sy
waaa...
de aktiviti baru nmpknye tu..
entry bru msk
apa2pn slamat menanda kertas puan
hihiii~

P/s: walau pun bn ahli kelab tp name Inspirasi ttp d hati kerana itula satu2nye kelab yg pertama mengangkat saya ke medan pengucapan awam setelah melangkah part 1 DBS dengan Johan Pantun Rakyat dan dihakimi oleh puan sebagai salah seorng hakim 2003 dlu..
huhuuu~
tk lps bertandingan wakili TS unt part 3, and part 5..
bgtu jge dengan sajak


-Andeh-

IlhamHamdani said...

Salam,

Kata Hukamak: untuk melihat bangsa hari esok,lihatlah kepada remaja hari ini.

Aduhai, aduhai.

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

aniisma said...

Salam Jo

Tahun 2003 ye saya jadi pengadil pantun? Dah lama rupanya saya kat uitmj...tapi jo memang berbakat besar dan saya gembira mendapat tahu kelab inspirasilah yang telah berjaya menemui bakat besar Jo.

En IlhamHamdani,

Melihat kepada bekas pelajar saya Jo, saya sungguh lega...berkarisma dan mukmin, insyallah

Tapi melihat kepada pelajar yang selalu masuk bicara tatatertib, saya rasa hampa...

Anonymous said...

Salam.

Cadang ani (kalau lum lg) jemput penceramah dr Raudhatus Sakinah untuk sharing dengan remaja2 ditpt ani. Pernah dengar sharing mrk dlm ikim,mrk ada pndkatan yg berbeza dan sgt menginsafkan. Dia org pi kt sekolah2 men.

Anonymous said...

Cik/Puan anony(yong ke kak tini ni?)

Kelab Inspirasi dah jemput dua penceramah RS masuk uitmj, Ummi Ros dan Ibu Yus, untuk maklumat lanjut sila ke http://kelabinspirasiuitmj.blogspot.com/:)

Ani

aDiL said...

puan, genre buku? novel? self help? motivation? or etc.. if bagi tajuk lagi best. I can simply ask the counter's girl.hehe..

syuhada said...

salam...

puan, syuhada ni.. =) ingat lg x? =)

jemput la dtg blog saya tak seberapa...

http://ninjasyuhadabiz.blogspot.com

salam..