Sunday, April 19, 2009

Cabaran Cari Bahan

Semalaman saya tercari-cari bahan untuk tajuk PhD. Sebelum 40, saya mesti mendaftar. Walau kurang yakin dengan kemampuan diri, saya tetap berminat. Anak-anak yang sedang membesar sering menjadi alasan saya. Namun, minat yang ada itu tetap saya pupuk sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Suami selalu bagi semangat. Namun, diri sendiri kadang timbul kadang lemas.

Prof Madya Datin Nor Aziah Awal mendorong saya membuat penyelidikan tentang undang-undang kanak-kanak. Namun, Dekan Fakulti kata ia bukan bidang utama. Ramai kata cari tajuk yang kita minat kerana akhirnya minatlah menjadi penguat dan pendorong tamatnya satu-satu penyelidikan.

Dalam carian semalam, saya terjumpa maklumat tentang 'master' saya semasa chambering. Aduhai, rupanya beliau sekarang telah bergelar Dr. Saya cemburu bercampur bangga. Saya doakan beliau terus berjaya dengan kerjaya Pesuruhjaya Kehakimannya sekarang.

Kemudian, terbaca pula komen Dr Zaidi di blognya tentang 'proposal' beberapa calon PhD.

"...Paling ketara ialah isu kajian yang mana calon PhD tidak dapat menghubungkannya dengan masalah kajian. Ada sebahagian tajuk kajian tidak menepati taraf PhD. Maka saya ingin simpulkan bahawa, calon PhD perlu mengetahui bahawa tajuk kajian PhD bukan seperti tajuk kajian biasa dan ianya memerlukan ketelitian serta ilmu mengenai penyelidikan..."

Ilmu penyelidikan bukan datang dalam tempoh sebulan dua atau semester dua. Itu yang pasti!

Saya berdoa agar minat yang ada ini tidak akan terkubur. Kerana apabila anak meningkat dewasa, cabaran akan lebih besar.

4 comments:

Nizam Awang said...

Kak Ani,

Berbicara mengenai bidang keutamaan, saya rasa apa-apa bidang yang berkaitan dengan undang-undang amat diperlukan di Malaysia. Asasnya mudah, bukanlah besar sangat kelompok sarjana di negara kita. Mungkin setiap universiti mahu jadikan bidang tertentu sebagai tujahan. Ada pakar pun baru berapa kerat, itupun boleh dikira yang benar-benar berkualiti (muhasabah diri). Daya fikir yang kenyal (boleh dibentuk dalam pelbagai isu dan medium) dan bernas menjadi taruhan. Saya juga biasa melemparkan soalan kajian yang kurang bijak pada mulanya, kemudian akan terbina hasil telahan dan penelitian pelbagai sudut. Bacalah apa jua bahan. Jangan kira batasan. Baru boleh dibentuk dan dicerminka kematangan akalnya.

Bab menulis kertas cadangan, kawan saya pernah mengingatkan: "Lontarkan saja idea yang kamu tahu macam memasak (dicampurkan ramuan). Kemudian, suntinglah dengan baik dan teliti. Bersemuka dan minta pandangan daripada pakar atau sekurang-kurangnya rakan-rakan. Jangan ditunggu lama-lama. Rugi. Sebab masa yang berlalu tidak akan kembali.

Selamat mencuba (sehingga berjaya ya!). Insha Allah!

~ nizam arjuna

IlhamHamdani said...

Salam Puan Aniisma,

Kayuh jangan tak kayuh!

Sama-samalah kita(baca:isteri saya!) berkayuh. Kalau ada peluang sambung di luar, mehlah datang berkampung di Canberra.Di sini, atau Australian National University, atau University of Canberra.

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

aniisma said...

En IlhamHamdani

Anak2 saya sedang meningkat remaja. Sentiasa terfikirkan tentang mereka seandainya saya pohon dan berjaya ke luar negara. (Australia contohnya). Suami kata pergilah. Tinggalkan anak-anak dengannya. Suami kata rugi tak pohon ke luar negara. UiTM tanggung(kalau dapatla)..tapi saya tetap berat hati...dapat study kat um atau uia atau ukm pun alhamdulillah

Apa pendapat En.?

Syah said...

Quote: "apabila anak meningkat dewasa, cabaran akan lebih besar."

Correct...correct...correct..