Hanya pada hari minggu saya dapat masak makanan yang agak renyah penyediaan bahan-bahannya. Isnin hingga Jumaat, hanya lauk ringkas menjadi santapan putera puteri yang makin kuat makan. Terkadang (terselalu) lauk kedai menjadi lauk penyelamat buat mereka yang kelaparan di rumah.
Tadi, 'mood' memasak agak baik. Ikan siakap dan ayam dikeluarkan dari peti sejuk. Saya telah arif selera anak-anak. Andai sesekali keluar makan, apabila ditanya pembantu kedai tentang pesanan, mereka akan menjawab 'lauk biasa'. Inilah lauk-lauk yang biasa dipesan. Hari ini saya memasak ala kedai. 3 4 kali mereka menjenguk ke dapur. Aroma masakan menguji kesabaran.
Ayam goreng kunyitTadi, 'mood' memasak agak baik. Ikan siakap dan ayam dikeluarkan dari peti sejuk. Saya telah arif selera anak-anak. Andai sesekali keluar makan, apabila ditanya pembantu kedai tentang pesanan, mereka akan menjawab 'lauk biasa'. Inilah lauk-lauk yang biasa dipesan. Hari ini saya memasak ala kedai. 3 4 kali mereka menjenguk ke dapur. Aroma masakan menguji kesabaran.
Siakap tiga rasa
Mujur kali ini, bahan-bahan penyedap masakan ada tersimpan dalam peti sejuk. Ayam goreng kunyit tanpa daun kunyit kurang menyelerakan. Tom Yam tanpa serai dan daun limau purut kurang menyengat. Siakap tiga rasa tanpa cili api dan tomato kurang sempurna.
Baru saya tahu, serai ada 50 jenis. Yang biasa digunakan dalam masakan ialah serai peha ayam dan serai gajah. Namun yang pasti serai, kunyit, daun limau purut, cili api adalah bahan masakan yang ada fungsi dalam perubatan. Teringat bagaimana tiga pagi dikala tempoh awal pantang, emak di Serendah menyediakan pati ibu kunyit untuk ditelan cepat-cepat. Memang menyeksakan. Daun serai wangi direbus bersama halia buat mandian pagi.
Walaupun makan hari ini banyak yang goreng-goreng, namun kehadiran bahan-bahan tersebut dapat meyakinkan hati sendiri tentang khasiat menu ala kedai.
No comments:
Post a Comment