Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri
Cantik pantun di atas, pembayang (sumber alam) dan maksud sama rimanya.
Bohong sehingga boleh jadi pencuri?
Bagi saya, bukanlah pencuri yang pecah masuk rumah orang, namun akibat berbohong dan akhirnya tertangkap, seluruh nikmat kehidupan akan dicuri. Diri sendiri yang mencuri nikmat-nikmat ketenangan hidup.
XXX, memalsukan sijil sakit dan sijil kematian dan dijadikan bukti bagi menyokong ketidakhadirannya ke kuliah. Namun, mata pensyarah yang terlebih dulu makan garam itu cepat sahaja dapat menangkap ketidaksempurnaan sijil-sijil tersebut. Akhirnya XXX terpaksa mengaku pembohongannya. Dia bakal dikenakan tindakan baru,
Dan bermula detik itu, pasti kenikmatan ketenangan hidupnya telah dicuri. Asalnya hanya dari berbohong.
Bercakap bohong mudah, boleh meraih simpati tetapi andai terbongkar, kepercayaan yang berjaya dicuri hanya akan mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
4 comments:
Kalau bersebab yang benar, bolehlah dimaafkan. Risau juga akan menjadi kebiasaan. Semata-mata mencari helah, tapi tidak kesampaian. nilai sayang akan ilmu itu ya...Moga cikgunya boleh mendidik anak-anak itu dengan penuh sabar..(teringat seketika kisah dua sejoli itukan, Kak Ani)
Wah Puan...,
sampai palsukan MC + Sijil Kematian? Tak percaya pulak saya ada yang sanggup buat macam tu. Dunia oh dunia.
Arif,
Hensemnya awak berkaca mata hitam.
Dunia ni Arif, macam-macam adaaaa..
Bila arif dah keluar dari kepompong selesa Segamat, arif akan lebih memahami. Dan kekalkan sikap dan sifat Arif Rusli yang saya kenal sejak Januari lalu...
Nizam,
kes dua sejoli yang naik turun tangga Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah Segamat tu ke? Semata-mata nak dapatkan 20 helaian penulisan...memang akan sentiasa dikenang
Post a Comment