Sunday, April 5, 2009

Hidup itu perjuangan

Kita hidup selesa di sini. Tidak seteruk Kemboja, Palestin..namun kita perlu terus berjuang! Walau bukan ancaman perang saudara atau serangan musuh, namun ancaman di Malaysia lagi bahaya. Boleh merosakkan akidah dan pegangan agama Islam tercinta.

Buat pelajar Diia sem 6 khususnya yang akan berkelana meneruskan pencarian kehidupan selepas Mei 2009, realiti kehidupan terlalu berliku. Ancaman keimanan, terlalu banyak virus perosak di sekeliling kita. TV antaranya. Internet khususnya. Kalian masih muda dan senang mengikut kata hati. Ingatlah, ikut hati mati! Berpaksilah kepada tiang agama. Walau di mana kalian berada kelak, ingatlah DIA. Saya berdoa agar kalian kekal dalam iman. Buat yang bercinta, cubalah hindari sikap nakal-nakal. Saya doakan kalian bertemu jodoh dalam kerahmatan Ilahi. Ingatlah, kita Melayu Islam. Adat dan hukum seiring mengawal segala tindakan. Moga kita semua beroleh kejayaan.

Buat Han, Izy, Maz, Munira (Kelab Inspirasi), terima kasih atas kerjasama. Semoga kalian bakal menjejaki ilmu Tuhan dengan keimanan yang berterusan.

Andai DIA sentiasa di hati, insyAllah, kita akan selamat..Berdoalah agar iman kita yang senipis kulit bawang akan terjaga.

Sesungguhnya hidup itu perjuangan...

4 comments:

AnDeH said...

setuju dengan puan..
di mana-mana ada dugaan dan cabaran,
keteguhan hati bakal
melitupi segala perasaan dan kata naluri..

-Andeh-

arifrusli said...

Salam,

Komen Entri :

Betul Puan, saya setuju. kalau hidup berjaya pun tapi tak dapat rahmat Tuhan pun tak guna.

_____________________

Terima kasih Puan :) . Tak jangka pun sebenarnya.

abu naim said...

Kehidupan ini sememangnya perjuangan, dan nilai perjuangan itu seharusnya diterapkan ke dalam minda anak-anak kita sejak mereka dilahirkan....Asuhlah dan didiklah mereka agar mereka tidak berusaha hanya untuk menjadi orang yang berjaya, tetapi berusaha untuk menjadi orang yang berguna.

aniisma said...

Salam Saudara Abu Naim

Terima kasih kerana sudi menjenguk. Anak-anak sekarang hidupnya mudah. Jadi ramai yang bersikap endah tak endah.

Berjaya dan berguna susah dicari
Andai mementing diri sendiri