Sunday, April 5, 2009

Kisah Nasi Lemak 3S

Di Shah Alam pagi ini, sebungkus nasi lemak johan Pertandingan Membungkus Nasi Lemak dilelong dengan harga RM500. Amboi mahalnya…Mek pengacara “Nasi Lemak Kopi O” NTV9 sampai berkata simpan sahaja nasi lemak tu ke tahun depan…Khabarnya, hasil lelongan akan diserahkan ke Tabung Gaza. Alhamdulillah! Namun, sebungkus nasi lemak dengan harga RM500 bunyinya menakutkan.

Di Segamat, masih terdapat nasi lemak daun pisang di merata tempat. Paling murah sebungkus 60 sen. Bukan 50 sen, 50 sen Remi…(teringat Azian Irdawaty, apa khabar aktres ini). Bagi saya, nasi lemak jualan seorang wanita berhampiran Pasar Besar Segamat adalah yang tersedap. Apapun yang paling tersedap adalah nasi lemak buatan tangan saya sendiri. Hehehe ada ya perkataan YANG PALING TERSEDAP. Adaaa…contohnya setelah tamat Tingkatan 5 di SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban, guru kelas yang saya hormati, mendiang Mr Shanmugam telah menulis PALING TERBAIK pada ruang kelakuan di Sijil Berhenti Sekolah saya. Opps dah tersasar tajuk..Saya menyediakan nasi lemak buat sarapan hanya pada hujung minggu. Hampir 4 pot ditanak. Agar tahan sampai ke petang. Malamnya, suami akan mengajak makan di luar. Jimat gas Petronas!

Di Serendah, nasi lemak emaklah yang tersedap. Entah apa adunan emak, nasi lemaknya berminyak dan berbau harum. Sambal tumis ikan bilis dan berkentang meruntuh tembok diet harian. Kacang tanah dan ikan bilis goreng penambah sedap. Hirisan timun muda dan telur rebus pelangkap hidangan. Emak kata direnehkan santan terlebih dahulu. Kemudian barulah tanak bersama beras. Helaian daun pandan diikat kemas dan diadun bersama beras dan santan. Hirisan halia di’campak’ buat penaik bau. Emak masak guna dapur gas. Mungkin sebab itulah nasinya harum dan berkilat.

Nasi lemak tetap pilihan no 1 orang kita. Dan saya akan memesan roti canai juga bila sesekali bersarapan di luar bersama keluarga.

3 comments:

AnDeH said...

Salam,
emmm Nasi lemak..
juge antara favourite sy ketike
bersarapan..
hihihii~

-Andeh-

aniisma said...

Pak Andeh

Bila nak turun Segamat?

Puisi Jo yang sama rima terakhir tu saya dah baca. Jo memang berbakat! Cantik dan tersusun kemas. Tapi tulah, saya masih menghadapi masalah bila nak masuk blog Jo. Mungkin boleh tanya si Arif Rusli, blognya dah advance

Nizam Awang said...

Rindunya makanan Malaysia..hehe. ;B

~nizam arjuna~