Friday, April 10, 2009

Cinta Ilmu

Beliau sudah melewati usia 30. Belum berkahwin. Beberapa kali digandingkan dengan gadis-gadis cantik manis. Satupun tidak melekat. Beliau kini di London. Beliau akan bergelar Dr. 3 ke 4 tahun dari sekarang. InsyAllah.

Hanya setahun beliau di Segamat. Namun, persahabatan terjalin sehingga kini. Setahun di Segamat, beliau mendapat tawaran menjadi pensyarah di sebuah IPTA di Nilai. Beliau tidak perlu berfikir panjang kerana matlamat beliau ialah bersegera melanjutkan pengajian kedoktoran undang-undang. Kalau di UiTM, ramai lagi pensyarah senior yang sedang menunggu giliran.

Beliau ulat buku. Sangat cintakan ilmu dan tidak kedekut untuk berkongsi. Semasa melanjutkan ijazah pertamanya di UKM (bahasa penghantar ialah Bahasa Melayu), beliau pernah dinobatkan sebagai pelajar yang paling banyak meminjam buku. Buku-buku tersebut kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Sudah pastilah untuk tujuan rujukan. Bukan untuk disimpan di bawah katil. Perpustakaan adalah 'rumah' keduanya.

Kerana cintakan ilmu, beliau merantau jauh. Menolak jodoh yang baik-baik.

Moga pengajian kedoktoran beliau dipermudahkan Allah dan akan ada pakar dalam bidang undang-undang perubatan.

Selamat maju jaya, Ijang! Semoga akan ketemu 'Madhuri Dixit' mu...

1 comment:

Nizam Awang said...

Bukan tiada yang melekat, sudah ramai yang saya terlepas sebenarnya...;B.. Rasa sekelumit saja kalau nak dibandingkan ilmu yang ada....(terimbas momen bersua dengan rakan yang seusia – sudah hebat berhujah dan menghasilkan makalah bertaraf antarabangsa)...
Segalanya mungkin juga untuk semua orang jika diusahakan, fikir saya.

Biarpun merantau jauh, Segamat tetap istimewa.. .:D. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa melimpah ruah buat kita semua...Setinggi manapun ilmu itu, biarlah kita tetap tunduk dan patuh kepada-Nya. Amin...

(‘Madhuri Dixit’ tak ketemu lagi...asyik terserempak dengan ‘rambut karat’ jer..:P)