Friday, July 17, 2009

Kematian = Kelahiran

Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan terbaharu tentang kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teo.

Kematiannya dikatakan misteri oleh segelintir golongan. Isu ini sedikit sebanyak meredakan isu kematian Michael Jackson yang juga penuh misteri.

Seakan menjadi lumrah, kematian seseorang akan membuka satu lembaran baru bagi kehidupan orang lain. Kematian Michael turut mengaitkan nama-nama lain. Saya yakin, kematian mendiang Teo juga akan mengheret masuk mereka yang berkenaan ke dalam sebuah kehidupan lain. Apapun, biarlah pihak polis yang bijaksana (yang diberi sepenuh kepercayaan) mengadakan siasatan.

Kematian=kelahiran.

Ia satu realiti. Hakikat kematian memang begitu.

Kematian Allahyarham Ammar, pelajar perubatan di Mesir di dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini, membuka kelahiran baru buat rakan-rakan rapatnya. Kebanyakan mereka tersedar bahawa kematian begitu dekat dengan sesiapa sahaja. Kematian Ammar melahirkan semangat cintakan Islam yang semakin mendalam, cintakan jemaah, kasihkan ummah. Kematian Ammar melahirkan kehidupan baru dalam fasa hidup kebanyakan pelajar perubatan Malaysia di bumi Mesir. Subhanallah!

Kematian juga mampu menggugat kehidupan mereka yang lain. Jika melahirkan impak positif, alhamdulillah. Jika negatif, bersedialah menghadapi detik-detik kelahiran sebuah kehidupan yang akan bertukar dalam sekelip mata.

Itu janji Allah, setiap kematian, ada kelahiran.

Yang pasti, kelahiran dunia baru buat roh, dunia akhirat.

5 comments:

Anonymous said...

salam puan.saya suka sangat baca blog puan.nak2 pulak pasal anak2 puan.kalo takde keje dipejabat saya baca blog puan.saya tak penah dapat kelas dengan puan,tapi saya selalu dengar pujian dari kawan2 saya pasal puan.hehe

Puan Noraini said...

salam cik nony

ex uitm segamat la ni...pujian ke kutukan??? apapun terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak, kerja kat mana sekarang? kerja rajin2 dan yang penting ikhlas, baru seronok nak datang ofis

Anonymous said...

haha..saya anis.emm..ex-nydp mpp masa awe jadi ydp (senang puan nak kenal).skang keje kat menara Maybank.itulah,kalo bangun pagi lagi dah rasa malas, confirm for da whole day mesti malas.tu yang paksa hati rasa sonok nak g keje.pujian la puan.lecturer law uitm segamat suma best( ikhlas dari hati).hahaha.

arifrusli said...

Salam Puan,

hehe. rimas saya baca paper asyik pasal kes "arwah" Micheal Jackson je.

dan beralih kepada mendiang Teo. Harap dapat tahu kejadian sebenar.

arifrusli said...
This comment has been removed by the author.