Wednesday, July 29, 2009

Satu Islam

Malaysia kini semarak dengan semangat Satu Malaysia. Banyak program dirancang, direncana, disusun, diatur, difikirkan oleh pelbagai agensi. Perlu. Memang penting. Kerana sejak lahir sehingga berumur 12 tahun, tiga kaum terbesar di sini, secara tradisi akan membesarkan anak mengikut kepercayaan yang dianuti dan budaya yang diwarisi.

UiTM juga tentu telah merencanakan sesuatu untuk menyokong wawasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia. Namun, melihat kepada majoriti warga UiTM yang beragama Islam, rasanya kita patut ada slogan 'Satu Islam'.

Warga UiTMJ majoritinya pelajar. Majoritinya beragama Islam. Penghayatan agama di kampus ini semakin semarak apabila dipimpin oleh Prof yang berjiwa cekal, tekal dan komited dalam menghidupkan ruh Islam. Namun, adat manusia, yang baik, yang disarankan agama, dikatakan kolot. Apabila HEP menetapkan etika berpakaian di dalam kolej kediaman, terdapat pelajar yang mengeluh dan menzahirkan keluhan mereka di dalam blog. Puluhan remaja lain turut menghina peraturan sedemikian. Hati saya runtun kesedihan melihat kebiadapan komen yang ditinggalkan. Betapalah Islam dan adab berpakaian dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan menyusahkan.

Islam untuk semua. Islam cantik dan menarik. Islam bawa kebaikan. Islam mewah ganjaran.

HEP sebagai badan yang berkuasa untuk menentukan hala tuju program anjuran pelajar tentu akan memainkan peranan besar dalam menyemarakkan Satu Islam.

Sekadar cadangan. Masih lagi memperbaiki diri untuk menjadi lebih sempurna di sisiNya.

2 comments:

amirul_rafiq said...

1 Islam!

ehm..mungkin kurang penghayatan t'hdp agama dan mrk kurang faham ttg tatasusila pergaulan samaada sesama atau berlainan jantina... pendekatan 1 Islam dgn mesej yang jelas dan pelaksanaan secara menyeluruh mungkin membantu! (letih tu nak fikir!!)

apa pun saya ada 1 cerita nak kongsi...

saya ada seorang kawan...mungkin pendidikan agama beliau tidak seberapa (diakui oleh beliau sendiri)... clubbing menjadi senaman di hujung minggu, calsberg(betul ke ejaan nie??) pengganti jus buah2an, dan bertukar2 teman wanita(JFF-just for fun!) ibarat bertukar baju...

mungkin masa sudah sampai... suatu hari entah macam mana beliau mendpt 1 kesedaran dan beliau luahkan semua kekesalan terhadap apa yg beliau dh lakukan. nyata beliau menginginkan 'taubat nasuha'.

saya memberi nasihat menurut apa yg saya tahu dan termampu (takut salah ajar kang taksub pulak tak pegi kuliah sebab wirid sepanjang hari!!!)... saya sarankan beliau agar merujuk sgl kekusutan dan masalah yg beliau alami kpd mrk yg lebih arif...mungkin pegawai agama, ustaz2 atau sesiapa shj yg mempunyai pengetahuan agama yg luas.

malangnya...

2 hari lepas tu...beliau kata kpd saya lepas jumpa individu yg dikatakan sgt lah berpengetahuan tinggi dalam bidang agama ni, buat endah tak endah je... lepas je borak dgn individu tu individu tu boleh pulak cakap dgn staff lain ("budak2 ni kita tak bole bagi muka sgt...kalau kita bagi muka naik minyak diorg ni")...

lebih malang...semangat teman saya tu utk berubah seolah2 hilang! justeru saya sarankan beliau utk beli buku2 berkaitan keagamaan. yg asas sahaja. nasihat saya kpd beliau mudah... buat lah yg sesuatu scr berterusan. biarlah ia sesuatu yg sgt mudah, yg penting berterusan...

kasihan kpd beliau, dan syukur, berkat kegigihan ingin berubah ke arah yg lebih baik, beliau berjaya! berjaya atas usaha beliau sendiri, selepas mendapat penampar drpd individu yg berpengetahuan agama yg tinggi itu!

tak pasal2 saya pun tak berminat utk membuat apa2 urusan dgn individu yg berpengetahuan agama tinggi itu... perasaan sukhzon sy memang tinggi!!!

justeru, pd pendpt saya program atau apa sahaja peraturan yg bahagian HEP buat ni mmg betul. untuk kebaikan pelajar juga utk menjaga tatasusila dan keperibadian modal insan yg mempunyai pendidikan tinggi. semoga ia mampu merubah sikap dingin pelajar thdp pelaksanaan peraturan etika pakaian di kolej kediaman tu..

sebelum tu...

pada pendapat puan sebagai staff yang pernah menjadi pelajar dan juga menjadi slh seorg 'pendakwaraya' mahkamah uitmj kan...

wajarkah pelajar ni (terutama pelajar uitm lah kan...) yang meluahkan rasa kecewa atau ketidakpuasan hati seperti aduan pkhidmatan staff, aduan khidmat makanan yg terlalu mahal, aduan ttg sistem yg tidak menyebelahi pelajar, aduan ttg wakil pelajar merupakan pemudahcara pelaksanaan peraturan pihak pentadbiran, tu dianggap sebagai pelajar yang tak tahu bersyukur dan hanya tahu mengadu je??? bukan apa, sepanjang saya berada di uitm ni, sering juga dibuat perjumpaan utk mendengar masalah pelajar, alangkah sedihnya jawapan yang sy dengar drpd pertanyaan segelintir kwn2 sy (sy rasa aduan tu perlu kot) ialah "belajar lah erti bersyukur...dah la yuran murah dapat bantuan makanan pulak.." dan yang best ada juga sy dengar jwpn sebegini "belajarlah erti berdikari, kamu ni mahasiswa universiti, takkan perkara kecik mcm tu pun nak diadu juga?"... pada saya lah kan..."penerima2 tender uitm dan ahli keluarganyalah sepatutnya yg perlu lebih bersyukur"

dan persoalan yg paling penting...

apakah jika yuran pengajian di UiTM ni dinaikkan sama spt IPTA lain, mampu menjamin...

1) mutu penyampaian staff yg 'lebih baik' dan
2) harga makanan di kafeteria munasabah dgn kemampuan pelajar???

pening... dah grad baru terfikir semua nih...hehehe

p/s: lame tak borak dgn puan =)

aniisma said...

Amboi mirul, panjangnya komen yang ni, penat saya membacanya.

Isunya saya dah nampak.

Ada orang yang berjawatan tetapi dia sudah letih dengan jawatannya. Dia tak enjoy lagi dengan kerjanya. Dia rasa terpaksa bekerja. Jadi hasilnya dia akan bersikap acuh tak acuh.

Bagi saya seorang ustaz yang enggan memotivasikan orang lain, sngguh kasihan pada ustaz tu, ada ilmu tapi tidak memanafaatkan ilmu yang ada.

Itulah yang sedang Pengarah kita sedang buat sekarang, mencemerlangkan modal insan.InsyaAllah, jika modal insan kita di UiTMJ ikhlas bekerja kerana Allah, ia bukanlah pengaruh yuran naik atau tidak.