Thursday, July 16, 2009

Lagi buku baharu

Bila ada seminar, pasti ada pameran buku.

Pecinta buku pasti 'gila' dengan ratusan buku yang kelihatan sangat lazat dan menyelerakan. Bau helaian kertas buku baharu sangat menggoda nafsu.

Saya beli tiga buah buku.

Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Nasihat Luqman al-Hakim
Bidadari Dari Timur
Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuh Penyakit.

Dalam beg Seminar ada empat majalah percuma. Saya angkut lagi dua majalah percuma yang dipamerkan dan boleh diambil begitu sahaja.

Saya teringatkan pula pakej istimewa Ujana Ilmu. Three in One. Hujung bulan ini insyAllah.

Dan saya sengaja bertanyakan majalah kegemaran pelajar-pelajar saya semester ini di dalam borang data peribadi yang saya edarkan dalam kelas pertama.

99% menulis:

CLEO
REMAJA

Hmmm..mereka memang remaja moden!

Hanya seorang menulis Al-Islam!

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Assalamualaikum Puan Noraini,

InsyaAllah banyak lagi buku yang akan dipamerkan di Pesta Buku Selangor mulai 24 Julai di Kompleks PKNS Shah Alam.

aniisma said...

Salam En Halim

Rasanya saya tidak dapat ke Shah Alam pada tarikh tersebut. Akan ke JB minggu hadapan, adik saya insyAllah sedang sarat menunggu kelahiran.

Apapun, enjoy the bookfair!

ida_zy said...

salam kak ani

usahkan student
yang dewasa pun sama juga
kadang2 terkelu juga tengok bahan bacaan kegemaran rakan sekerja
tu pensyarah tu...