Selepas Maghrib, saya menghantar Along ke tuisyen di Segamat Baru. Anak-anak lain ikut serta. Di dalam kereta, mereka galak berbual. Saya diam, tekun mendengar perbualan anak lelaki yang masih peringkat remaja awal.
Alang: Alang nak masuk kelas komputer la mama.
Along: Tak payah, ko belajar je dengan abah
Angah: Ko belajar dengan Ika(anak jiran). Dia pandai facebook. Dia ramai kawan.
Alang: Ramai kawan? Maknanya dia tak suka kat Alongla..hehehe
Along: Alaaaa, orang pun tak suka dia apaaaa...
Alang: Alang nanti nak kawin orang Terengganu (tiba-tiba cakap pasal kawin!)
Along: Kenapa pulak?
Alang: Alang suka makan sata
Along: Kalau dia tak pandai buat sata?
Alang: Tukarlah orang lain!
Along: Ala, mengada ko ni, sebelum kawin tanyalah dulu dia pandai buat sata ke tak
Alang: Ooooo...
Along: Baik ko kawin dengan orang putih
Alang: Kenapa lak?
Along: Nanti cucu dengan anak ko semua nampak macam orang putih
Alang: Ye ke mama?
Saya hanya tersenyum dan angguk. Perbualan mereka masih suci. Masih bercerita tentang makanan dan kawin tanpa ada apa-apa perasaan malu. Mereka bersikap terbuka dengan saya. Tetapi di depan abah, mereka banyak menyembunyikan perasaan.
Mama: Malam nanti, jangan nak tukar-tukar siaran. Mama nak tengok Nur Kasih!
Ye, tontonlah Nur kasih, antara drama Melayu yang berkualiti( kecuali terlalu banyak babak pelukan erat antara lelaki Melayu dan perempuan Mat Salleh di Sydney)
3 comments:
pakcik tersenyum sahaja....;-)
nizam
bila nak cerita perkara penting tu?
pak cik tersenyum sebab ada kaitan dengan minah salleh ke?
nanti ya saya ceritakan...;-)
panjang senyuman itu. tambah2 pula bila kisa nur kasih sedang ditayangkan. dalam sungguh maknanya untuk pakcik. kejauhan la katakan...
Post a Comment