Tuesday, April 29, 2008

Hantu

Musim-musim peperiksaan begini, hantu suka. Kadang-kadang hantu melintas sepantas kilat, hantu ketawa mengilai, hantu hembus belakang tengkuk, hantu lambai sambil tersenyum seram, hantu panjat tingkap, hantu tolak pintu, anak hantu berlari manja, macam-macam lagi yang hantu suka buat. Tadi, semasa sedang berhempas pulas menanda kertas jawapan peperiksaan, seorang pelajar datang ke bilik. "Puan, saya sekarang tidur awal. bangun pun awal". Saya tanya "kenapa, tak stay up ke baca buku?" "Hantu banyak sekarang, jadi kalau tidur awal, tak nampak le hantu". Begitu jawapan lurusnya.

Saya percaya hantu memang wujud. Itu istilah bahasa melayu. Syaitan ialah nama asli hantu. Syaitan boleh menjelma dalam pelabagai bentuk. Yang tinggi melampai-hantu galah, yang rambut panjang mengurai-hantu langsuir, yang suka melompat-hantu pocong, yang suka beraya-hantu raya, yang kecil molek bersiung-toyol. Pernah dikacau hantu?

1994, Setiu Terengganu, saya menjadi Pengajar Bahasa Inggeris Komunikasi di Kem Seri Bari. Anjuran bersama UIA dan EPU Terengganu. 2 minggu. Saya dan 5 lagi kawan2 UIA ditempatkan di sebuah rumah kampung berhampiran pantai. Hembusan angin pantai benar2 menyegarkan. Seronok. Namun, kami diingatkan oleh penganjur supaya pergi ke tandas beramai-ramai sebelum tidur. Hairan! Ada dua bilik tidur. 3 orang sebilik. Malam pertama, kami membaca surah Yasin. Malam keduanya, ada bunyi curahan air paip di tandas. Seram! Tapi buat2 tidak dengar. Malam ketiga, ada bunyi orang berlari2 di dapur. Ish! dah lebih ni. Malam ke empat dengar benda yang sama hingga malam keempat terakhir. Malam itu seorang kawan yang paling cantik (Student TESL), dingorat hantu. Maksudnya, ada hantu yang menarik badan kawan kami yang cantik itu. Tapi kawan kami yang cantik ini sempat berpaut pada tilam sekuat hati. Dekat 2 minit dia bergelut. Akhirnya hantu ini frust dan membawa hati. Malam keesokannya, itulah malam yang dikenang sampai hari ini. Malam Jumaat. Seperti biasa, kami baca Yasin. Malam itu kami tekad untuk tidur sebilik. Walaupun kecil dan sempit, kami tidak peduli, asal selamat.

Tepat pukul 12 malam(macam filem sungguh), dua ekor kucing, entah dari mana, bergaduh di ruang tamu rumah. Semua terkejut dan ada yang mula menangis. Seekor kalah dan kedengaran tinggal lagi seekor. Yang seekor itu kemudiannya, bertukar entah menjadi apa dan melompat sekeliling ruang tamu. Bunyi macam piling di tapak pembinaan. Lama betul dia melompat. Hampir 5 minit. Kami mula mencapai Yasin dan membaca kuat. Agaknya, hantu tersebut frust kerana tiada seorang pun yang berani keluar, maka dia pun memanjat atap zink dan bergolek ke tanah.

Kami terdengar bunyi benda berat jatuh terjelepuk. Cuma tiada bunyi adoi!!! Maka sah lah, benda tersebut memang hantu. Cuma kategori mana, kami tidak pasti. Esoknya, 5 pelajar UIA demam terkejut. Kami mengadu kepada penganjur. Siasatan dibuat. Ada penduduk kampung beritahu yang mengganggu kami malam itu ialah hantu raya. Padahal masa itu bukanlah bulan raya. Diceritakan, hantu raya dibela oleh segelintir nelayan untuk menjaga perahu dan alatan menangkap ikan yang lain.

Itu kisah hantu raya. Kisah yang menjadi modal untuk menyuruh anak saya tidur cepat. Ada kisah lain. Di Kg Gajah Perak.

Untuk pelajar, usahlah takut sangat. Jika takut pun, belajarlah secara berkumpulan.

Cukuplah dua kisah hantu. Semoga tidak dikacau lagi. Namun syaitan yang direjam telah berazam di depan Allah untuk mengganggu manusia dengan apa jua cara. Cara yang paling lemah ialah menakut-nakutkan kita sehingga hendak bangun malam bersolat tahajud pun takut. Solat Dhuha pun 'takut' walaupun terang benderang.

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Tertarik saya dgn topik ni..

Betul puan, dalam musim begini,macam-macam cerita didengar..benda-benda ni memang ada, cuma kita kena selalu beringat..kena banyakkan baca ayat-ayat Al-Quran..jangan terlalu takut kerana mereka yang takut dan tak kuat semangat akan mudah diganggu...

macam-macam boleh jadi...dan time2 exam ni juga jika emosi tidak dijaga, juga boleh mudah dimasuk oleh benda2, syaitan yang suka mengganggu umat Nabi Muhammad ini...dalam waktu exam nilah...selalu terjadinya histeria..jika ini berlaku, jgn terlalu panik..bacalah surah yasin, jika tak jalan juga..bacalah surah Ar-Rahman...dan jangan lupa amalkan Manzil...Manzil bagus dijadikan amalan, yang boleh mengelakkan dan menjadi benteng daripada syaitan..insyaAllah...

aniisma said...

Salam Huda

Manzil apa ertinya. Mungkin kita boleh berkongsi ilmu. Setahu saya manzil bermaksud rumah

nurhuda_cahayapetunjuk said...

owaalaikummusalam..

Puan..

Manzil Resam Uthmani..Manzil ini merupakan risalah kecil yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.

Manzil ini merupakan ayat penyembuhan beberapa penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil ini merupakan bekalan yg ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah..

Untuk pengetahuan puan, risalah manzil ini, banyak berada di pasaran..

Ayat-ayat yg terkandung di dalamnya adalah potongan-potongan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabat untuk menghadapi sihir,gangguan syaitan dan byk lagi fadilatnya...
Antara ayat-ayat yg terkandung ialah surah Al-Fatihah, Al-baqarah ayat 1-5, ayat Kursi, surah Al-Baqarah ayat 256-257, Al-Baqarah 284, Al-A'raaf ayat 54-56 dan byk lagi..kalau lihat daripada makna ayat2 ini, memng sangat2 bagus..ayat2 ini dihimpun dalam risalah Manzil Resam Utmani..Ayat-ayat tersebut dibaca bersama-sama..

Banyak cara yang boleh dilakukan, antaranya dengan baca ke atas air dan diminum..
Pengalaman saya pernah bacakan ke atas org yng terkena histeria beserta dengan surah Ar-Rahman, org tu suruh kwn saya berhenti daripada baca Manzil kerana dia terasa panas...alhamdulilah dengan izin Allah, budak tu ok...
Baru2 ni adik saya handle pelajar yg terkena histeria di asrama, sekolah adik saya praktikal, dia bacakan manzil, dan dengan izin Allah..Alhamdulilah..pelajar tersebut pulih..walau apa2 pun pun segalanya izin Allah dan kita kena yakin..insyaAllah..

Puan cubalah cari di kedai buku, MANZIL RESAM UTHMANI...jadikan ia amalan...mudah-mudahan puan...;)

ida_zy said...

salam kak ani
students saya pun cerita kat saya
pasal kisah2 misteri nusantara
especially time exam ini
sampai takut nak stay up
hehe saya paham
sebab masa saya belajar dulu pun camtu
nasib baik saya memang bukan stail stay up :)

p/s: kak ani, satu paper saya dah siap marking, alhamdulillah, sekarang tengah bercinta nak habiskan yang satu lagi, all the best 2u too kak ani

aniisma said...

Salam

Huda, itu maksudnya manzil, terima kasih atas maklumat.

Ida, Kak Ani pun baru sudah marking exam papers, 11 mei ni, masuk satu lagi kod. Selamat menanda lagi.