Wednesday, April 23, 2008

The beautiful sewing machine

Seluar anak-anak lelaki saya selalu sangat terkoyak. Mujur saya belum daftarkan mereka dalam mana-mana kelas pertahanan diri. Ustaz Syazali (guru silat UiTM Johor) kata "Rugi Kak Ani tak hantaq anak-anak awai-awai lagi. Biaq depa penuh keyakinan diri". Belum dihantar pun, sudah jenuh mereka berkarate dan bersilat (tendang dan terajang, to be exact) sesama sendiri. Inikan pula kalau ustaz dah ajar bunga-bunga silat nanti.

Selalu juga saya menelefon suami, mengada-ngada mengadu penatnya tangan saya menjahit seluar anak-anak bertuah itu. Lantas, sebulan lalu, suami membelikan saya 'the above beautiful sewing machine'.

Minat saya pada jahit menjahit ini bermula sejak 1989. Selepas SPM. Saya ambitious. Macam-macam saya hendak buat sementara menunggu keputusan SPM. Mak hantar saya belajar menjahit di sebuah kedai jahit Cina di Serdang. Cikgunya garang. Sebulan saya belajar. Dapat sehelai baju kurung. Tetapi itulah baju pertama dan terakhir yang saya potong dan jahit sendiri. Alasannya, di rumah mak tiada mesin jahit. Noktah.

Semasa menyewa di Taman Dedap, saya menjahit sendiri langsir, sarung bantal dan sarung kusyen sofa. Menjadi! Tetapi itulah yang pertama dan terakhir. Alasannya, mesin jahit second hand yang saya beli senyap-senyap tanpa izin suami, meragam. Noktah.

Sekarang, the said beautiful sewing machine is a brand new machine. Tiada alasan untuk saya mengabadikan minat saya terhadap jahitan buat selamanya. Nasib baiklah ada seluar anak-anak yang sering terkoyak...

2 comments:

Zanariah said...

Kak,
bestnya ada mesin jahit. I pun suka tengok mesin jahit. macam barang antik. Kat rumah i, jarum jahit pun susah nak jumpa. Hehehe.. I ni tak pandai menjahit. Niat dalam hati nak menjahit, tapi, jahit butang pun tak pass lagi. Teruk kan... selamat menjahit...

aniisma said...

Zana,

Dah start marking ke? Kak Ani demam ni, baru balik kursus sabtu ahad kat SC, Bukit Kiara. Tapi masuk ofis jgk, nak habiskan marking dan jaga exam lagi...

Menjahit? Alamat tunggu bulan 6 le..masa tu je kita free sikit..

Ok thanks for visiting my cyber house..nak sambung marking....