Thursday, April 24, 2008

Cita-cita kanak-kanak





Along nak jadi saintis, nak reka cipta robot











Along nak jadi doktorlah








Tapi best jugak kalau jadi angkasawan






Macam-macam pekerjaan impian anak-anak bila ditanya tentang cita-cita.

Dahulu, semasa umur saya 10 tahun, saya selalu naik ke loteng rumah sewa arwah abah di Seremban. Saya bawa sekali dua tiga anak patung. Juga sebatang rotan. Saya berlakon menjadi seorang guru kepada tiga 'anak murid' bisu.
Selepas keputusan SPM keluar, saya dapat dua tawaran. Satu dari Institut Bahasa(IB), sebuah institut perguruan dan satu lagi, Matrikulasi Undang-undang UIA. Atas saranan abah, saya tolak tawaran IB.
Semasa bercuti long vacation tahun 2, saya menjadi guru sandaran di SK Sri Serdang.
Semasa menjadi seorang peguam di firma guaman di Kuala Lumpur, saya memohon menjadi pensyarah di IPB, salah satu kolej franchise UiTM. Saya berjaya dalam temuduga. Saya tinggalkan kerjaya guaman yang gajinya lebih RM300 dari gaji baru. Semuanya kerana cita-cita dari kecil memang 'saya ingin menjadi seorang guru'.

Anak-anak saya sekarang bila ditanya tentang cita-cita, asyik berubah jawapannya. Maknanya mereka belum tahu dan belum pasti.
Bolehkah cita-cita seorang anak dibentuk oleh ibubapa? Haruskah ibubapa mengabaikan cita-cita asal anak mereka kerana ibubapa lebih arif tentang kehendak pasaran?
Yang pasti, suami saya sangat-sangat berharap anak sulung kami, Almi Fadhli menjadi seorang Mufti. Ya Allah, semoga Along dipermudahkan jalannya menuju kerjaya sebagai seorang Mufti.

8 comments:

NURAZZAH8 said...

salam Perkenalan.
Akak bloghop dari blog Prof Kamil...
blog yg bagus dan berinformasi. Menarik.
Kerjaya kita sama cuma bidang berlainan. Menulis di blog merupakan salah satu cara kita meluahkan pemikiran dan pengalaman dan sebagainya...
saya tertarik dgn blog2 yg terawal yg dimulai dengan peribahasa dan diakhiri dgn pantun... tapi itulah seperti yg dikatakan, susah mencari peribahasa dan pantun yg sesuai dgn apa yg hendak ditulis (mungkin sbb saya pun kurang hendak mendalaminya)

bolehkah saya link blog puan ke blog saya?

payat inc said...

Assalamualaikum puan,

alahai janganla jadi angkasawan, nanti habislah duit rakyat hanya untuk satu trip lawatan ke angkasa..hehe

saya nak tanye, apa pendapat puan tenntang situasi terbaru tentang institusi kehakiman. Daripada ex-gratia Tun Salleh Abas. Adakah ia gula2 politik...

M A Sabtu said...

Puan,

...singgah di sini dari blog Prof Kamil juga!...kenalan melalui TH:MSInya. Semoga puan akan terus menulis, menulis dan terus menulis!

Menarik kisah main-cikgu-cikgu tu.

Ingin berkongsi cerita. Kisah isteri saya... sehinggakan sudah bersara pun masih lagi dikatakan "Cikgu" (Rujuk entri '080308' bertarikh 8 Mac 2008)

aniisma said...

Salam kak nurazzah8(alhamdulillah masih 8), en payat, en m a sabtu

Prof Kamil memang cekap. Hanya dua teman sekampus yang tahu kewujudan blog saya. Tahu-tahu pagi ini, ada orang luar yang dah tahu. Blurp! Apapun terima kasih atas kunjungan. Semoga boleh jadi rakan bloggers selepas ini.

Kak Nurazzah, tidak jadi masalah untuk link blog saya yang serba sederhana...

aniisma said...

Salam Payat

Kes Tun Salleh Abas melangkaui sempadan politik dan kehakiman. Pelajar undang-undang sedia maklum tentang pemecatan salah. Ex gratia memang wajar diberi sebagai pampasan. Gula-gula politik? Hmmmmmm...

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..

Ingat saya lagi?..saya Nurhuda Md Tahir...saya student puan dulu masa saya diploma uitm segamat..harap2 puan ingat saya lagi...

Saya di UPSI sekarang ambil pendidikan perakaunan...dalam bidang perguruan juga..insyaAllah akhir tahun depan saya habis...doakan saya puan..

Puan..ada masa masuklah blog saya..:)

http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com/

payat inc said...

Assalamualaikum Puan,

Wah puan dah pindah Bukit Siput kan..
Buku ye, nanti saye cek kalau2 ade kat rumah. Maklumla mase pindah rumah haritu banyak yang lost in transition...

Tula, saya bukan setakat minat politik, tapi minat law jugak...Dalam terms scholarship saya cakap jangan berpolitik. Mintak2 la diorang tak tau...hehe

Harap cepat2 la terbang moga semuanya selamat...Amin...

Anonymous said...

testing