Saturday, August 1, 2009

Blog suram & Mood masak gemilang

Blog yang suram

Rasanya blog ini perlu pengubahsuaian rupa. Dah terasa bosan apabila terlihat rupa yang sama, suram...

Tapi tak punya cukup masa atau minat mendalam nak explore blogspot dan dapatkan rupa baru yang kena dengan jiwa raga.

Mungkin Arif Rusli boleh bagi tips.

Memasak gemilang

Minggu ni sempena cuti awal semester yang dicepatkan, mood memasak saya agak cemerlang. Bila mengajar 2-4 jam sehari, mood memasak lemah longlai.

Semalam, cuba resepi nasi dagang dan gulai ikan. Menjadi. Jumaat, buat chicken sosej roll. Anak2 suka. Tadi buat blueberry muffin. Walau tak berapa cantik tapi sedap, kata anak2. Beras pulut yang direndam semalaman dikukus dengan santan. Topping durian. Jadilah serimuka durian.

Semua menu diambil dari blog http://hanieliza.blogspot.com/ . Memang berbaloi!

Malam ni, nak menggosok baju anak2. 3 anak lelaki x 5 pasang=15 + 3 helai samping baju Melayu=18+ 3 pieces baju anak perempuan x 5 pasang=33 helai!

3 jam diperlukan....yang ni tak perlu tunggu mood, kalau tunggu jugak, anak2 akan ke sekolah dengan baju yang kusut masai.

4 comments:

arifrusli said...

Salam Puan,

kalau Puan nak dapatkan template yang menarik, boleh dapatkan di http://www.btemplates.com . Setakat ni ada 1060 templates untuk dipilih. Jadi, mestilah ada satu atau dua yang berkenan. hehe.

Puan Noraini said...

Salam Arif,

memang berbaloi saya mention nama arif dalam entri ni, cepat dan pantas, saya akan cuba browse website tu later..

Terima kasih

mki said...

Salam sejahtera,

Ramai ibu yang tertipu dengan pujian anak-anak yang mempunyai PR yang bagus!

Kalau nak tahu sedap atau tidak cuba hantar ke rumah bos!

MKI

Noraini Ismail said...

Salam Prof

Mengikut kajian, anak2 di bawah umur 10 tahun memberikan pujian yang ikhlas dari jiwa:)bila ditanya mama dengan siti nurhaliza siapa yang cantik, mereka tetap menaib johankan siti!

Nantilah bila ada resepi yang rupa dan rasa cantik sempurna, akan saya kirimkan pada Prof yang sempurna sungguh di mata anak buah seperti saya.