Tuesday, August 18, 2009

Tudung:Hujah perempuan vs Hujah Al Quran

Hujah perempuan: Tudung? Belum lagi kotttt...Biarlah masa yang menentukan.
Hujah Al Quran: Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian , melainkan yang beriman dan beramal saleh

Hujah perempuan: Belum sampai seru lagi!
Hujah Al Quran: "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (ini seruan Pencipta kita)

Hujah perempuan: Hati belum terbuka...
Hujah Al Quran:"Kemudian hati kamu menjadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."

Hujah penggulungan: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

2 comments:

amirul_rafiq said...

100% setuju!! perlu tak kalau kita buat program "1 ISLAM : JOM PAKAI TUDUNG!"...penyertaan terhad utk siswi sahaja. hadiah lumayan. dapat pahala sebab ikut perintah Nya.

Puan Noraini said...

Salam Mirul

Siswi UiTM Kelantan mesti semua bertudung agaknya?

Apapun program sekarang, semua ditangguhkan gara2 virus tu, sana macammana?