Sunday, August 9, 2009

Ke Hospital Segamat

Fatihah demam, batuk dan selsema. Fadhli, Farhan dan Fahim batuk-batuk. Saya dan suami bawa mereka ke Klinik Zohar. Di sana bertemu En Hussien dan Puan Hamidah, En Khairul dari Shah Alam pun ada, Zurina datang sekeluarga dan ramai lagi. Saya tiba pukul 8 malam, pukul 9.30 baru selesai. Ada kuman di paru-paru Fatihah. Doktor bagi antibiotik yang paling kuat. Jika tidak kebah dalam masa dua hari, datang kembali, pesan doktor.

Dalam perjalanan pulang, suami telefon rakan motornya yang bekerja sebagai MA di Klinik Kesihatan Segamat. Bercerita dan minta nasihat tentang Fatihah. Dia syorkan ke Wad Kecemasan.

Saya berbelah bahagi. Namun, tidak mahu mengambil risiko dan ingin Fatihah diX-ray, kereta kami menghala ke Hospital Segamat.

Pukul 10 sampai, terus daftar. Ada 6 kanak-kanak dan 4 orang dewasa yang turut demam dan batuk, menunggu giliran.10.30 malam suhu badan Fatihah diambil di satu kawasan khas berhampiran kaunter pendaftaran. 37.3 darjah celcius. Kami diminta menunggu di hadapan bilik no 4. 11.15 malam, Doktor berbangsa Cina memeriksa Fatihah. Saya menceritakan tentang paru-paru Fatihah. Dia kata, kita Xray. Kami ke bilik Xray 11.20 malam. Xray selesai 11.30 malam. Kemudian masuk semula ke bilik 4. Fatihah ok, paru-paru hanya berbunyi sedikit sahaja. Habiskan antibiotik pesan doktor, jangan keluar rumah, tunggu hingga betul-betul sihat.11.40 malam menghala balik ke rumah.

Alhamdulillah, demam Fatihah tidak serius. Ya Allah semoga diberi kesihatan yang baik selepas ini.

Perkhidmatan Hospital Segamat tidak pernah mengecewakan saya. Semoga wabak ini segera berakhir. Ya Allah selamatkanlah semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, kami mengharapkan ehsanMu Ya Allah...

3 comments:

arifrusli said...

Salam Puan,

Semoga anak-anak Puan cepat sembuh dan dijauhi dari wabak yang berleluasa ini.

ejan said...

salam puan...semoga anak- anak puan cepat sembuh..puan pun jg kesihatan puan

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum

Saya juga gerun mendengar berita setiap hari berkaitan penyakit itu..risau dan takut kerana angka kematian semakin meningkat..

marilah sama2 kita berdoa moga-moga kita dijauhkan drpd perkara-perkara yang tidak baik itu..

semoga anak-anak puan cepat sembuh..