Saturday, August 15, 2009

Antara realiti dan fantasi

"Mama, boleh ke kita guna pistol ke senapang ke, kita tembak je H1N1 kat udara?" tanya Fahim, 9 tahun, seorang kanak-kanak lelaki yang kaya fantasi.

"Mana boleh, H1N1 tu kecik sangat, kena guna kanta pembesar, kalau kita pakai pistol, nanti tertembak orang!"balas Fatihah, 8 tahun, seorang kanak-kanak perempuan yang sedar akan realiti virus pembunuh itu.

"Alaaa, boringlah kena pakai topeng ni...panas!"keluh Fahim kecewa.

Realitinya, mengikut WHO, seramai 5 juta rakyat Malaysia berisiko tinggi dijangkiti H1N1. Ramai tu! Realitinya ramai orang Melayu yang ampuh tahap kesihatan badan. Realitinya India yang padat penduduknya baru mencatatkan 24 kematian.

Ketika menyelusuri internet baru-baru ini, terbaca satu artikel yang tidaklah dikatakan fantasi namun untuk dikatakan realiti, perlu pembuktian kukuh.

Khabarnya H1N1 adalah virus dari makmal US. Virus ini disebarkan untuk mengurangkan kepadatan penduduk bumi dan kebergantungan kepada ubat-ubatan dari US. Dasar kapitalis, hanya memikirkan keuntungan. Tiada simpati, tiada ehsan.

Setakat mana kebenarannya?

4 comments:

arifrusli said...

Salam Puan,
saya pun terbaca artikel tu. Hmmm. tapi betul ke tidak. wallahualam. Tapi, ada logiknya juga. Mask pun habis dijual sampai pekedai runcit naikkan harga 100%. Lebih2 lagi kt tempat ramai student ni, harga mask asal RM0.50, dijual RM1.00, RM1.20 dan RM1.30. Ubat-ubatan pun mesti harga naik...

Noraini Ismal said...

Salam Arif

Minggu lepas saya beli 60sen satu, baru2 ni kawan beli 80sen, bila saya nak beli dah habis pulak, ada kawan kata kalau nak sembuh dari h1n1, rendam kurma dalam air kelapa selama sejam, makan kurma dan minum air.

Kalau betul berita tu, memang dasar kapitalis...

Mohd Halim said...

Salam Puan Noraini,
Sekiranya ini realiti, pelaku-pelakunya kena jawab 2 dari empat persoalan yang kita pelajari baru-baru ini. Pertama, tentang ilmu ke mana kita gunakan (mencipta virus?). Kedua tentang harta, dari mana datangnya (menangguk di air keruh?). Mmm.. rasa-rasanya sukar untuk menjawab di hadapan Allah nanti.

SYATILA said...

tidak mustahil virus H1N1 ini adalah virus ciptaan manusia yang semakin tamakkan kebendaan. Saya juga ada dengar yang sebelum terwujudnya virus ini, vaksinnya telah tercipta.