Wednesday, March 25, 2009

Rempuhan Persahabatan

Sabri (nama sebenar) pelajar DIA. CGPAnya cemerlang. Semalam, atas nama sebuah persahabatan, dia merempuh pintu bilik di kolej. Sekali rempuh tak lut, dua kali rempuh, daun pintu terkopak. Diminta membayar denda atau dihadapkan ke Lembaga Tatatertib.

Di dalam bilik, terkurung seorang junior. Dia ada ujian Bahasa Inggeris. Sekiranya dia tidak menduduki ujian tersebut, kegagalan sudah ditempah. Tombol pintu dipusing-pusing. Ke kanan, ke kiri. Enggan terbuka. Jenuh mencuba, Sabri, rakan sebilik, dihubungi.

Rempuhan Sabri adalah rempuhan tanpa niat mengopakkan daun pintu. Rempuhan itu atas dasar sebuah persahabatan adik-abang. Dia tidak mahu adik juniornya ketinggalan ujian. Dia ingin melihat adik juniornya itu lulus. Namun, dalam keadaan cemas, Sabri tidak sempat berfikir panjang. Ujian sudah 20 minit berlalu. Yang terlintas di fikiran ketika itu ialah adiknya akan gagal andai terlambat.

Saya terharu dengan tindakan Sabri. Atas nama persahabatan, dia sanggup menghadapi risiko. Inilah persahabatan sejati. Bersama-sama dalam perkara kebaikan.

Sabri memilih membayar denda. RM200. Mmmm..menarik.

7 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Salam Puan Noraini,

Menarik kisah pengorbanan Sabri ni. Sanggup mengopak pintu (tanpa niat) untuk membolehkan sahabatnya menduduki ujian.

Namun ada kisah lain juga yang menarik dan boleh dijadikan iktibar. Seorang abang senior yang tidak menghadiri ujiannya sendiri kerana nak mengajar adik juniornya supaya faham dan lulus ujian.

Bila berbicara tentang pengorbanan, perkara yang kita tak jangka pun boleh berlaku.

arifrusli said...

Salam Puan,

Saya semalam pun ada buat "rempuhan persahabatan" hehe.. Faris punya bilik terkunci. So, dia mintak saya tolong bukak. Saya guna pembaris hehe.. dan "tadaaa"... takdelah rempuh betul2.. gune pembaris.

Anyway, bagus la ada orang macam Sabri.

Anonymous said...

Salam En Halim

Pengorbanan abang senior tu menyedihkan...juga bukanlah tindakan yang agak bijak, namun hanya mereka sahaja yang mengerti erti pengorbanan itu

Arif, pembaris je? Waa,macam pro je...Beruntung Faris dapat sahabat macam Arif...sahabat dunia akhirat.

Adila dah terkeluar, tak sedih ke?

Noraini Ismail

arifrusli said...

Hehe.. ikut pintulah puan, kalau pintu lama tu gune pembaris pun boleh. kalau pintu berat yang baru tu, pembaris pun tak jalan...

Aik? Adila? hehe.. Sedih jugak tapi nak buat macam mana kan Puan, rezeki tak ada. hehehehe

AnDeH said...

salam,
wahhh kisah yang menarik.
andai si junior gagal memahami konsep persahabatan sejati yang ditunjukkan oleh Sabri mmg die seorang yang tidak berhati perut.
Smg persahabatan mereka kekal dalam i'nayah Ilahi
Wallahu a'lam.. .

-Andeh-

IlhamHamdani said...

Salam hormat buat Puan Aniisma,

Ya, bertuahlah siapa yang punya kawan yang sebegitu.

Tetapi, kalau pengorbanan seperti yang Tuan Mohd Halim maksudkan - tidak hadiri ujian kerna mengajar juniornya - pendapat saya(yang naif!) mungkin boleh diperhalusi lagi, kot!

IlhamHamdani,
Canberra, Australia.

amirul_rafiq said...

ehm... cukup mendalam pengorbanan abang-adik anta sabri dan juniornya tu...