Sunday, March 8, 2009

Yang Mana Satu?

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi- Harakahdaily.Net

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.-Utusan.com

Yang mana satu betul?

Jumlah memainkan peranan besar.

Andai 5000 sahaja yang hadir, ia adalah jumlah yang mungkin tidak signifikan.

Namun, andai 100,000 membantah sehati sejiwa, ia bukan jumlah yang harus dipandang sepi.

4 orang anak saya menjadi taruhan. Beratus mungkin beribu kaum kerabat 'kecil' saya di Sg Acheh Seberang Perai dan Sg Bogak Bagan Serai (ibubapa mereka tidak bertutur Bahasa Inggeris) memerhati dari jauh...dan mereka masih belum mengerti....

9 comments:

AnDeH said...

salam MauliduL Rasul 1430H..
Hayati perjuangan ikuti teladan sebarkan keperibadian Nabi Junjungan..
Smg kehidupan dalam ketenangan...

-Andeh-

ROS said...

Assalamualaikum Ani,

saya tak belajar politik masa di UiTM, tapi saya tahu ada yang tak kena dengan politik hari ini. Menyedihkan kerana ia mempertaruhkan masa depan anak2 kita hanya gara2 untuk kepentingan politik masing2. Tiada yang membela rakyat. Rakyat yang kena pandai sendiri untuk mengurus kehidupan dan mencari arah masa depan. Tradisi membela rakyat hanya sebagai slogan dan teori semata2.

Anak2 buah saya di kampung bukan anak2 yang tak cerdik, tapi mereka jadi fobia dengan sains dan matematik yang diajar dalam BI. Bayangkan, ibubapa mereka tidak langsung boleh membantu untuk anak2 ini memahami matapelajaran tersebut...menyedihkan..tiada pemimpin yang benar2 ingin membantu dan menyelesaikan hal ini...Lebih menyakitkan hati, siapa yang menentang PPSMI dilabelkan sebagai pembangkang...ceteknya fikiran seperti itu! Hanya Allah tempat kita mengadu.

Anonymous said...

Salam Jo dan Ita

Jo, semoga kasih kita pada Rasullallah terus mekar sehingga akhir hayat

Ita, sedih pula membaca komen Ita dan terus terasa ingin menjawab...Ani yang faham Bahasa Inggeris ni pun selalunya tak dapat mengajar anak sepenuhnya dek kesibukan harian apatah lagi ibubapa yang tidak faham Bahasa Inggeris. Anak kedua Ani agak 'lambat' berbanding yang lain. Semalam ani tengok kertas ujian Matematiknya. Semua soalan dalam ayat Bahasa Inggeris. Dia tidak dapat menjawab kerana kelambatannya membaca dan memahami Bahasa Inggeris. Tetapi kalau soalan tersebut berbentuk angka, dia boleh menjawab. Ani rasa sedih sangat dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal membimbing dia memahami Bahasa Inggeris. Tetapi patutkah Ani menyalahkan diri Ani seorang?

Pembangkang? Dalam pendidikan anak-anak, sepatutnya tiada istilah pembangkang!

Noraini Ismail

ROS said...

Salam Ani,
memang sedih dengan senario yang berlaku sekarang. Tiada yang mendengar 'Suara Rakyat'. Seorang rakan perempuan saya Guru Besar di sebuah sekolah rendah. Dia juga terasa sedih kerana guru matematik di sekolahnya tidak fasih berbahasa Inggeris. Bagaimana dia hendak mengajar dengan berkesan kepada murid2nya?

Anak ke-2 saya bukan anak yang tak cerdik, tapi dek kerana ada perkataan2 yang dia tidak faham, dia jadi liat untuk menyiapkan kerja matematik dan sainsnya kalau saya atau ayahnya tidak duduk bersama2nya.

Bila berbincang hal PPSMI dengan suami, darah saya pasti naik....

AnDeH said...

TQ puan Noraini,
menjawab persoalan "UMI JAH", Sebenarnya PPSMI bukanlah isu sebenar dari pembangkang. Ianya isu rakyat yang berkehendakkan Pengajaran (sains & Matematik) digubal semula dalam Bahasa Melayu. Namun, gerakan GMP yang selalu melibatkan beberapa pihak daripada pembangkang menyebabkan ada pihak cuba mengaitkan keadaan sedemikian. Mungkin kerana hala tuju atau matlamat mereka kebetulan berada atas paksi yang sama.
Misalnya, perhimpunan baru2 ini (sabtu lps). Terang2 dalam berita tV 3 @ Bernama tV, ada pihak pembangkang seperti Mat Sabu dan lain2 terlibat sama. Ditambah kenyataan Setiausaha GMP sendiri yg membuat kenyataan hari ini (11hb Mac 2009) dalam Utusan M'sia yang menyatakan isu ini mahu dijadikan perkara pokok dalam Pilihanraya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Mmg beliau tak katakan nak berpihak pada sesiapa. Namun, secara logiknya takkan mereka berpihak kepada kerajaan yang merenanakan PPSMI ini 6 tahun yang lalu. Maka, sama2 lea kita fikir2kan...
Wallahu a'lam...
-Andeh-

AnDeH said...

Kini saya bekerja sebagai pendidik (guru) untuk pelajaran Sains dan ICT. Kedua2nya menggunakan Bahasa Inggeris. Saya tidak ada sebarang masalah mengajarkannya. Namun, murid2 saya yang majoriti berbangsa Cina (90%), india(5%) dan Melayu (5%) tidak mampu memahami hatta menghafal perkataan2 dalam Bahasa Inggeris. Prestasi Ujian Bulanan Satu (Monthly Test 1) baru2 ini kelas-kelas saya hanya mampu mencapai sekadar lingkungan 30% ke 40% sahaja. Sekarang saya cuba ubah kaedah pengajaran secara bahasa campuran antara english dan Bhs Melayu. Semua perkataan berbahasa inggeris saya terjemahkan kepada mereka. Namun, terhad sekadar yang ada dalam kelas sahaja. Semasa membuat rujukan pelajar mula 'merintih' kembali kerana ada informasi tambahan yang tidak faham. Pada saya, pemahaman mereka lebih memuaskan hati berbanding sekadar menulis nota dan membuat experimen yang tidak tahu hujung pangkal...
Wallahu A'lam..

-Andeh-

ROS said...

Saya setuju dengan Andeh, PPSMI ialah isu rakyat. Malangnya suara rakyat tidak didengar.

Baguslah jika Andeh tiada masalah untuk berbahasa Inggeris, tapi anak2 yang diajar, bagaimana?

AnDeH said...

Salam,
kpd umi jah..
pada hemat Andeh..bukan suara tidak didengar..
Tapi, bantahan belum dikemukakan melalui kabinet di Parlimen. Memandangkan negara kita berperlembagaan, justeru segala tuntutan terdesak yang dilaungkan rakyat perlu diteliti dan dikaji melalui penyelidik. Kemudian, hasilnya akan dicadangkan untuk dibahas ke Parlimen Malaysia mengikut sistem demokrasi berperlembagaan seperti sedia kala. Cuma yang kita nampak suara rakyat seakan tidak didengar dek kerana tatkala memorandum ini baru diterima dan belum lagi dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan, tiba2 pelbagai demonstrasi pula yang seakan lebih sudu dari kuah berlaku di sana sini...lantas memaksa pihak berkuasa menjalankan khidmat lebih tegas kepada yang berkenaan.
semoga keputusan kabinet nanti menyebelahi kedua-dua belah pihak.
Klu ditanya pendapat Andeh, Andeh lebih suke pengajaran PPSMI ini hanya dibuat di sekolah yang benar2 telah menyediakan pelajar2nya untuk mempelajari dalam Bahasa Inggeris seperti di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang nyata murid2nye telah sedia intelek menguasai Bahasa Inggeris. Mmg tidak semua antara mereka benar2 bersedia, tapi kerajaan boleh adakan "test" sebelum pemilihan pelajar2 ke SBP untuk menguji karisma mereka dalam berbahasa asing tersebut. Permasalahan Andeh untuk menolak PPSMI bukanlah untuk menyokong daulat Bahasa Melayu kerana pandangan Andeh BM tidaklah sampai tahap tergugat tatkala hanya 2 subjek ini sahaja yang diajar berbahasa inggeris selain subjek BI itu sendiri. Tambahan pula, BM mmg sedia daulat kerana dunia mengiktiraf "kuasanya" sebagai bahasa keempat peringkat global. Namun, penolakan Andeh lebih melihat kepada masalah pemahaman pelajar2 terutama disekolah harian biasa (sekolah kebangsaan) yang gagal menguasai BI terlebih dahulu sebelum mempelajari 2 subjek ini dalam English. Juseru, matlamat pengajaran menurut pengalaman Andeh tidak sampai kepada pelajar kerana mereka sukar untuk memahami bahasa tersebut. Wallahu a'lam...

-Andeh-

Anonymous said...

Sokong PPSMI atau tidak?
Sokong PPSMI atau tidak?
Sokong PPSMI atau tidak?

Tepuk dada tanya selera.

Di bandar2 seperti KL, ada anak2 murid yang gelakkan cikgu kerana salah nahu dan sebutan dalam pengajaran.Termasuk anak-anak saya..

Sedihkan? Kalau anda guru macam saya tentu sedih!

Di kampung2 seperti kuala kurau, ada anak2 dan cikgu2 yang terkial2 mengajar dan belajar. Termasuk anak2 dan cikgu2 di kampung suami saya...Ha...Lagi sedih!!

Kalau nak berdebat isu PPSMI sampai biru muka pun tak selesai! Satu je saya nak tanya. Kenapa disekolah SJK Cina ada PPSM dalam kedua-dua bahasa?Maksud saya, ada option.Betulkan saya kalau saya salah.

Saya guru bahasa Inggeris dan pernah mengajar BI di Sabak Bernam. Bayangkan mengajar dalam dua bahasa!Untuk setiap ayat BI saya akan buat translation ke BM. SEBAB? Sepatah haram budak2 tak faham BI. Ha...Sekarang imagine mengajar Maths and Sc dalam BI! Itulah dianya pembuat2 polisi di KPM...

Bak kata Nabil Raja Lawak - Lu pikirlah sendiri!

Ani, Yong tengah bengang gila ni!