Monday, March 23, 2009

Jahil Undang-Undang?

Saya pernah menulis tentang jahiliah moden. Satu fenomena yang menakutkan. Saya juga takut, terkenangkan 4 anak zaman moden di rumah.

Ada juga segelintir pelajar yang jahil undang-undang, lebih tepat lagi, Akta 174.

Namun, saya tidak merasakan mereka mengalami kejahilan total. Saya fikir, mereka enggan memahami. Jiwa muda adalah jiwa gelora. Bagai lautan luas. Sekejap tenang, sekejap membadai.

Saya simpati dengan mereka kerana saya juga pernah bergelar remaja. Namun, di atas segalanya, sesuatu tindakan itu terhasil kerana kejahilan kita sendiri mengenalpasti apa yang boleh, apa yang tidak. Apa yang baik, apa yang buruk. Risiko tahu tapi hati kata teruskan. Jadi, perlu menanggung segala kesan: kesan jangkamasa pendek dan kesan jangkamasa panjang.

Wahai jiwa, belajarlah memahami...

2 comments:

amirul_rafiq said...

saya setuju. saya rasa sebab utama mereka ni ialah kurang membaca (macam saya jugak..hehehe).

semoga mrk memperoleh kesedaran utk pertahankan isu hak kita...

Nizam Awang said...

Seingat sayalah UiTM Johor agak berkesan dengan Akta 174 tu. Saya masih ingat carta aliran yang terpampang di luar pejabat HEP. Kebetulan saya sedang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan salahlaku pelajar di IPTA ketika itu. Belum terkena memang tak tahu. Mungkin juga boleh diusahakan oleh universiti/ MPP sendiri memberi kesedaran kerana undang-undang pada dasarnya untuk disebarluaskan dan difahami (bukannya eksklusif untuk pelajar undang-undang semata-mata. Undang-undang bukan mengenakan hak, tetapi datang bersama dengan tanggungjawab. Itu yang pelajar, bahkan semua orang kena amati betul-betul.

Nota: Kak Ani, blog saya buka untuk tatapan umum - ratiolegis-nano.blogspot.com. (masih dalam penambagbaikan). Terima kasih.
Nizam (London)