Monday, December 22, 2008

Deejay Maziah IKIM FM

Pukul 5.25am, dapat mesej dari Maziah, exco Kelab Inspirasi yang boleh diharapkan. Dia jadi deejay jemputan di IKIM Fm bermula pukul 6am sehingga 10am. Saya ke televisyen. Membelek senarai radio yang masuk channel astro. Not in the list.

Turun ke tingkat bawah. Capai radio dan kembali ke tingkat atas. Teruja nak dengar suara Maziah dalam radio. Memang merdu. Mengalahkan suara DJ tetap. Cuma Maziah tidak banyak bercakap. Mungkin gementar atau mungkin tidak mahu dianggap lebih sudu dari kuah.

Apapun, Maziah memang berbakat dan bersuara lembut merdu.

Kemudiannya saya mesej Maziah, beri kata-kata semangat, buat homework untuk topik esok, cari maklumat terkini dalam internet dan ...kalau berkesempatan, sebut-sebutlah nama saya dalam radio tu....

1 comment:

UmmiAmmaR said...

salam puan...
oh..nk baby lagi yek..best..best.. tp tang dia tak nak tido tu yg tak best kan..geram aje..

faradila tu bukan budak IPB..dia kawan sy dr kecil..belaja nk duk asrama kat umah dia la..sekali sekala ayah hantar tido umah dia 2 hari..

kirim salam ngan puan hazlina yer.. dia ke segamat balik yek..