Monday, December 22, 2008

Makan-makan Malaysia

Malaysia memanglah kaya dengan makanan. Cuti Nov-Dis dimeriahkan lagi dengan makanan yang pelbagai rasa. Teringat kat Ida di UiTM Dungun. Dulu-dulu blognya kaya dengan gambar makanan. Sejak menjadi pensyarah, blognya berbau kertas je....

ABC Special yang memang special. Terdapat di Tanjung Aru Sabah sahaja.


Popia goreng dan basah yang diselaputi sambal dan bawang goreng. Eksklusif di Teluk Intan.


Ais Bandung yang lemak berkrim. Cik yang bertudung kuning menggunakan alat khas untuk mengisi air ke dalam cawan plastik. Singgahlah di Pasar Malam Teluk Intan.


Spaghetti Meatballs di Restoran Uncle K SACC Shah Alam. RM15.90.


Ikan siakap dan sotong bakar di belakang Pasar Filifina Kota Kinabalu. Harganya macam di Semenanjung juga. Ingatkan murah sangat! Tapi kalau nak beli ikan segar, memang berbaloi. Tiga pinggan ikan kerisi yang bermata bundar segar, setiap piring ada 5 ekor, berharga RM5 sahaja!



Mee Hoon Sup yang kaya hirisan daging. Selak mee nampak daging, selak mee nampak daging lembu...penat gigi geraham mengunyah! Hanya di deretan kedai, berhampiran Kedai Mutiara Jamilah Kota Kinabalu.


Mee Kari yang kaya lemak. Sedap. Di Restoran Uncle K SACC Shah Alam.

Alhamdulillah...Memang Allah mengurniakan rakyat Malaysia dengan rezeki makanan yang berlebih-lebihan.
Di Segamat, ada sebuah kedai makan baharu berkonsep retro 60 dan 70 an. Meja makan, pinggan mangkuk, hiasan dalaman, lagu-lagu semuanya membuatkan pengunjung kembali ke zaman tersebut. Kalau tak silap, namanya D'Anjung Cafe..depan Sg Kapeh, Segamat.

7 comments:

zura tmsk said...

sedap memang sedap kat situ (d'anjung cafe) kak anie, konsepnya pun saya suka (lempeng, ubi rebus cicah sambal).. yg tak sedap tu, ambik order sambil hisap rokok.. mungkin blh disuarakan pada tokey kedai.

Syah said...

Hmmmmm.. kena tunggu balik raya la gamaknyaa.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Puan..

Apa khabar?..wahh best tu betul makanan2 tu..rakyat malaysia bertuah dapat merasai pelbagai makanan..dan seharusnya kita perlu bersyukur atas nikmat itu..jgn membazir itu yg utama...:)

aniisma said...

Assalamualaikum

Zura, suami kak ani cuba lempeng cicah sambal tumis, sedap, lemak masin, kak ani makan kueh teow goreng, pun sedap...

Syah, raya tahun depan? Mintak2 kedai tu masih beroperasi...

Cikgu Huda, kat pekan Tanjung Malim, ada pak cik jual apam balik yang tersedap di Malaysia. Tak ada rasa soda bikarbonat! Cuba cari...

aniisma said...

Assalamualaikum

Zura, suami kak ani cuba lempeng cicah sambal tumis, sedap, lemak masin, kak ani makan kueh teow goreng, pun sedap...

Syah, raya tahun depan? Mintak2 kedai tu masih beroperasi...

Cikgu Huda, kat pekan Tanjung Malim, ada pak cik jual apam balik yang tersedap di Malaysia. Tak ada rasa soda bikarbonat! Cuba cari...

nurhuda_cahayapetunjuk said...

oo ya ker puan..

emm..first time saya dgr, selalu juga saya beli apam balik di pasar malam sebab itu antara kuih kegemaran saya..:)..boleh dicari tu...heheheh

saje lalu.... said...

Hi.. terjumpa blog ni.. pasal kedai D' Anjung Pengkalan... saya akan inform kat tokey & pastikan kejadian ambik order sambil isap rokok ni takkan berulang lagi.