Tuesday, December 2, 2008

Cuti Semester

Alhamdulillah, cuti semester sedang berjalan menuju penghujung Disember. Inilah masanya kami di UiTM Johor mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga. Namun, ada kakitangan yang hanya akan bercuti hujung minggu ini bersambung dengan cuti Hari Raya Korban dan seterusnya. Ketiadaan hampir 100% pelajar mengundang suasana sunyi sepi di sekitar kampus.

Terfikirkan anak-anak yang ditinggalkan di Serendah bersama emak. Selain dari belajar Al-Quran dan Iqra setiap hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 9 hingga 12 tengahari, yang lelaki akan bermain bola sepak di padang depan rumah mak dan Fatihah selalunya akan bermain 'emak-emak' di rumah jiran. Fatihah dan kawan sepermainan, Najihah akan mengendong anak patung, disuapnya air dan nasi olok-olok, dipakaikan pakaian dan ditidurkan sambil ditepuk-tepuk badan 'anak-anak' mereka. 'Typical girls'....

Teringat dulu-dulu, abah dan emak akan membawa kami 3 beradik (3 lagi belum lahir) ke Bagan Serai Perak. Ditinggalkan kami di rumah Cik Lah(adik abah) di Kuchi Sungai Bogak. Abah akan menghulurkan duit belanja makan dan kemudian pulang bersama emak ke Seremban(masa itu tidak mengerti keseronokan suami isteri yang bebas tanpa anak-anak buat seketika). Hehehe...

Kami akan menghabiskan masa di rumah Cik Lah dengan mengaji Al-Quran, bermain pondok-pondok, meramaikan kenduri kawin jiran se'kuchi', berbasikal bersiar-siar ke rumah Tok Mah, mertua Cik Lah di kampung berdekatan....hmmm...indahnya kenangan dulu-dulu...Bila bosan, kami akan ke Parit Buntar. Pakai baju cantik-cantik dan tunggu bas, terkadang selepas sejam menunggu, baru bas muncul. Kami ke kedai makan, bersebelahan sungai, makan mee bandung yang enak...Petang, bila ke rumah Tok Chah di Sungai Rawa (15 minit berbasikal dari Sungai Bogak) kami akan 'melepak' di titi tepi jalan. Bila ada trak askar yang melalui jalan utama, kami pakat lambai-lambai pada 'Mat Terap'(gelaran buat askar). Mereka pastinya membalas lambaian dan hati jadi puas....

Di rumah Tok Teh di Sungai Acheh pula, pondok kami dibuat Tok Wan dari bilah-bilah buluh dan beratapkan pelepah daun kelapa. Kami hampar kanvas biru buat baring-baring. Kami 'import' nasi dan lauk dari dapur Tok Teh. Cukup puas hati...Bila balik ke Seremban, kami dapat semangat baru untuk meneruskan persekolahan.

Saya bersyukur dapat menghantar pulang 4 orang anak ke rumah emak yang ada laman, ada jiran, ada padang, ada ustaz ajar Al Quran, ada kawan-kawan sebaya. Jadi anak-anak saya tidaklah terperuk di dalam bilik mengadap komputer, bermain 'game'. Mereka masih memerlukan suasana yang saya lalui dahulu....

Saya juga akan bercuti selepas ini...Ke mana ye? Kelantan Terengganu banjir...mungkin akan menghabiskan masa di Serendah bersama-sama emak dan adik-adik, dan mungkin akan menziarahi rakan-rakan lama semasa mengajar di IPB...

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Selamat bercuti puan..
Seronok dapat bercuti ni..dan musim2 cuti ni banyak kwn2 yg walimatul urus...:)

Mohd Halim said...

Assalamualaikum..

Selamat bercuti.

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Huda dan En Halim,

Selamat bercuti juga...En Halim memang bercuti panjangggg...tapi sibuk memanjangggg...betul tak En Halim?

Noraini Ismail

ita said...

seronok dapat jumpa puan..lama yer puan di segamat tu..sejak sy kat ipb kot puan dh kesana kan.. puan hazlina punada disana yer..kirim salam dgn dia yer.. ammar hari nie tak sihat..semalm dia demam nak tumbuh gigi atas kot..semua bnda nk gigit..dpt gigit tgn saya bukan main suka dia

Anonymous said...

Salam Ita

Dah masuk tahun ke 7 saya kat sini,entah mengapa tiba-tiba terbeli rumah kat bandar Segamat, nak pindah Shah Alam rasa berbelah bahagi, tengoklah macammana satu hari nanti...

Puan Hazlina pun masih di sini, dia dah ada 3 cahayamata, insyallah akan saya sampaikan salam Ita.

Saya dapat rasakan betapa cintanya Ita pada Ammar, sampai penuh gambar dia dalam blog...anak, anugerah Allah yang sangat besar amanahnya..

Noraini Ismail