Thursday, December 4, 2008

Hakikat Sedih Malaysia

Cina dan Melayu sering tidak sekata. Hakikat sedih yang sudah lama sebati, yang terselindung di sebalik tonjolan kemesraan dua kaum terbesar di iklan tv atau sambutan rumah terbuka Malaysia.

Rata-rata berita utama hari ini menyentuh hubungan Cina-Melayu. Saya sangat tertarik dengan komentar Mohd. Ridhuan Tee Abdullah di Utusan Malaysia.

"Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, saya tidak nampak, ucapan beliau dipolitikkan oleh media, khususnya Utusan Malaysia. Saya fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan. Begitu juga dengan ungkapan "Hidup Melayu". Jika Melayu hidup, siapa pula yang mati? Saya fikir orang Cina menyedari makna ketuanan Melayu yang merujuk kepada perkara-perkara di atas, tetapi mereka sengaja mencari publisiti murahan ketika pengaruh MCA dan Gerakan mula merosot di kalangan kaum Cina yang telah beralih kepada DAP. Dalam mengulas isu ini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, menyarankan supaya sekolah vernakular ditutup. Sistem satu sekolah iaitu sekolah kebangsaan mesti diperkasakan. Ini bukanlah isu baru dan bukan mudah untuk menghapuskan sekolah vernakular yang telah menjadi agenda politik tuntut-menuntut dan ugut-mengugut. Orang Cina akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan political mileage dalam BN dan Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat terpaksa tunduk kepada ugutan ini demi survival politik. Saya tidaklah menyokong sangat saranan Mukhriz ini, tetapi pengalaman saya memimpin PIBG di sekolah yang majoritinya pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), menyebabkan saya terpaksa bersependapat dengan Mukhriz, walaupun ia amat pahit untuk diluahkan sebagai seorang berbangsa Cina."

Akhirnya, ia akan kembali kepada faktor politik juga..

Untuk Amirul Rafiq, pelajar DQS semester 6, bukan mudah kerja seorang ahli politik...semua sangkut menyangkut..agama, bangsa, bahasa...

4 comments:

Nisah Haji Haron said...

Salam Kak Ani,
Sengaja singgah ke sini melunas rindu. Semoga Allah terus memberkati hidup Kak Ani sekeluarga...

amirul_rafiq said...

salam...puan, salam aidiladha.. saya minat kat politik sebab saya sanjungi kepimpinan Tun M, tapi sekarang, sesiapa yg ceburkan diri dlm kancah politik ni, seolah2 mereka masuk ke medan peperangan... banyak yg nak diperjuangkan dan banyak pula yg nak diperbalahkan...
p/s: fikir balik la nak jadi menteri ke tak...huhuuuu...berangan tak sudah...

Nizam Awang said...

Salaam.
Kak Ani,
Nanti sms saya yer..
Saya hilang hp tempoh hari.
Ada lg no saya kan...
jgn lupa lawat blog baru saya
regulating-nano.blogspot.com
(dah lama tak blogging ni..eden tak sompet la...)
salam eidul adha..

aniisma said...

Salam

Nisah, moga Allah terus memberkati hidup Nisah sekeluarga juga. Tambahan pula, kehadiran anak lelaki tunggal (setakat ni) tentu lebih membahagiakan...

Aduhai Rafiq, memang kita kena ada idola. Namun, atas segalanya itu, kita perlu cekal dan berani. Tahun yang mendatang adalah waktu yang rumit buat warga Melayu...

Nizam, seronoknya dengar Nizam nak ke London. Kak Ani sampai termimpi malam tu yang Kak Ani dah sampai London (suami dan anak2 ikut sekali) dan tengah winter sonata.Dalam mimpi tu, kak ani sampai dulu ke London sebelum Nizam. Hehehe..Kak Ani doakan Nizam terus mara dalam kejayaan....