Sunday, December 28, 2008

Selamat Datang Muharram

Ya Allah, semoga 1430H ini, segala aspek dalam kehidupan hambaMu yang terlalu kerdil ini dirahmatiMu, kekalkan keimanan dan janganlah dibolak balik keyakinanku padaMu dan pada semua ketentuanMu, namun, Ya Allah, berilah qada dan qadar yang baik buat diriku, suamiku, anak-anakku, ahli keluargaku, ibuku, adik-beradikku dan ipar duaiku dan muslimin serta muslimat. Semoga Tahun Baru ini menjanjikan kecemerlangan buat diriku dunia dan akhirat.

Ya Allah,
Apa yang telah aku lakukan dalam tahun 1429H daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Amin.

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Salam Maal Hijrah untuk Puan Noraini sekeluarga.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum

Salam hijrah 1430 buat puan sekeluarga..semoga Allah sentiasa bersama kita dalam melakukan yang terbaik..insyaAllah..

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah buat En Halim dan Huda. Semoga kita kekal beriman padaNya dan bertambah pula ketaqwaan terhadapNya.

Insyallah

Noraini Ismail