Tuesday, December 30, 2008

Kelas Pertama

Hanya 6 orang pelajar sahaja yang masuk kelas pertama pagi ini. Daripada 30 orang yang berdaftar, 6 pelajar ini hadir bagi mendengar penerangan tentang sukatan matapelajaran dan perkara-perkara yang berkaitan rapat dengannya. Khabarnya, ramai yang balik semula ke kampung masing-masing dan hanya akan hadir kelas minggu hadapan.

Saya cuma geleng kepala. Sewaktu saya masih bergelar pelajar, kelas pertamalah yang sangat dinanti. Kalau tidak dapat hadir, satu kerugian besar telah berlaku. Selalunya, silibus akan diedarkan. Tentu pensyarah akan menerangkan tentang buku teks, nota dan akta apa yang perlu dipakai. Pertemuan pertama juga penting kerana beberapa DO AND DONT akan diterangkan secara spesifik. Pertemuan pertama juga membantu kita 'membaca' secara kasar personaliti pensyarah yang akan membimbing kita sepanjang semester tersebut. Pertemuan pertama penuh keberkatan.

Namun, tentu ada alasan tersendiri bagi 24 pelajar yang gagal hadir. Saya akan dengar. Khamis ini, kelas kedua. Saya telah berpesan kepada 6 pelajar yang hadir (Saiful, Husna, Izzati, Zul, Fazrin dan Faiq) untuk menyelusuri laman-laman web yang relevan bagi membantu mereka memahami pengenalan kepada matapelajaran. Yang 24 lagi (itupun kalau mereka hadir) tentu terpinga-pinga dan malu-malu meminta silibus daripada saya.

Berpantun hamba dengar olehmu
Empat perkara kata penghulu
Pertama akal kedua ilmu
Ketiga iman keempat malu.

So, see you on Thursday...

4 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..

Selamat mengajar untuk semester ini..insyaAllah saya pula akan masuk ke kelas pertama 5 Januari ini..doakan saya dapat mencari dan menggali ilmu drpd pencinta ilmu..
insyaAllah saya akan praktikal di sekolah bulan Mei nanti..doakan saya puan, moga dipermudahkan Allah untuk mencari yang terbaik..insyaAllah..:)

amirul_rafiq said...

sabar je la puan...macam tu la karenah student (termasuk sayer)... tah nape... perasaan utk balik umah sentiasa melonjak2...hehehe

Anonymous said...

Salam Rafiq

Ok kampus Machang? Selamat menjelajah bumi Serambi Mekah dalam masa 2 tahun akan datang..jangan lupa update blog ye..kirim salam echot.

Pn Noraini

Zanariah said...

Kak ani,
Memang sangat menyedihkan. Semasa saya di college dulupun, semua rakan sekelas akan hadir hari pertama. Hari pertamalah pensyarah akan beri banyak informasi. Waktu itulah yang paling penting. Hmm, keadaan dah berubah agaknya sekarang? Selamat mengajar.