Sunday, November 16, 2008

Al Kafirun

Katakanlah Hai orang-orang kafir!

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah

Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah

UNTUKMU AGAMAMU UNTUKKU AGAMAKU!

Saya fikir ayat terakhir dalam surah ini wajar ditegaskan kepada mereka yang tidak faham hukum hakam Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan tentulah terdiri dari mereka yang tinggi pengetahuan agama. Masing-masing tentulah telah mendalami semua jenis hadis dan ijma' ulama'.

Namun, dalam keadaan masyarakat majmuk (ada juga Muslim yang meragui fatwa yang telah dibuat oleh pakar dalam bidang...alahai....), sesuatu yang menjadi amalan biasa atau sesuatu yang tidak dianggap salah oleh agama mereka, apabila diputuskan haram untuk Muslim, sukar diterima akal dan perasaan.

Oleh yang demikian, lontarkan sahaja ayat terakhir tersebut...

2 comments:

salman said...

Apabila satu ayat atau satu huruf telah dinafikan dalam AlQuran....

Maka...

Hem tepuk dada tanya Iman.,..

Dimana Islam yang dibawa....

tunggulah wahai manusia....

di yau.mul mahsyar nanti,,

takkan berganjak kaki mu,

selagi 4 soalan belum terjawab,

saya setuju dengan ayat akhir..

UNTUKMU AGAMAMU UNTUKKU AGAMAKU!

buat mereka yang berani menentang hukum Allah.. sedangkan mereka tidak arif tentang hal yang berkaitan.

UmmiAmmaR said...

salam puan...
terbaca blog ini membuatkan sy terkenangkan seorang pensyarah saya dul bernama puan noraini. mengajar subject law uitm di IPB dan berpindah ker uitm segamat. adakah ini bekas pensyarah saya? nama saya norzita mustapa. satu batch dengan suryani n nina nur. kalau betul mungkin puan boleh balas blog saya http://treasureofmylife.blogspot.com