Tuesday, August 4, 2009

Zon Menutup Aurat

Apabila wanita bukan Islam teringin masuk ke dalam masjid, pengurusan masjid akan selalunya meminta wanita berkenaan menutup rambut dengan sehelai tudung.

Tetapi apabila wanita Islam yang enggan bertudung ingin bersolat di masjid, adakah perkara yang sama dikenakan ke atas mereka?

Jika di masjid-masjid besar, peraturan ini dikuatkuasakan oleh pengawal keselamatan yang memang diupah. Jika di masjid-masjid lain yang lebih kecil, yang tiada pengawal, wanita Islam yang enggan bertudung bebas keluar masuk kecuali jika ingin dinikahkan di dalamnya. Itu senario biasakan?

Kenapa perlu double standard?

Di UiTMJ, di pintu masuk tempat jemaah wanita, ada tertampal sehelai kertas A4 dengan tulisan tangan ZON MENUTUP AURAT. Namun, ada jua pelajar yang tidak menghormati arahan tidak rasmi itu.

Kenapa perlu double standard?

Adakah kerana ingin berhemah dan berhikmah dengan mereka yang enggan bertudung?

Persoalan...

4 comments:

Dziauddin said...

Zon menutup aurat yang sebenarnya adalah zon selain mahram. Could it be obeyed at first place? ermm..another question..

Kak Ani said...

Salam Ustaz

Persoalan yang menarik. Non Muslim should obey the rule right? If not, they wont be allowed to enter. How about muslim? Tapi itulah, ia hanya berlaku di masjid yang besar yang jadi tumpuan pelancong.

Nurzeatul said...

Kak Ani, teringat pula pengalaman pertama kali saya masuk ke Masjid Putra di Putrajaya. Walaupun saya memakali tudung dan menutup aurat tetapi saya perlu memakai jubah kerana baju yang saya pakai agak pendek ketika itu. Dan...terdetik di hati..Allah...baju yang saya pakai ni tak ikut cara yang sepatutnya rupanya!

kak ani said...

Salam Nurzea

itulah yang dilakukan oleh Kak Ami kita yang selalu dirujuk pelajar sebagai mak guard kecoh.memantau sahsiah rupa diri pelajar kita.Di masjid, itu tugas pengawal keselamatan. Dan tak sangka pulak nurzea turut ditegur pasal ketidaksesuaian baju. cakap pasal baju ni rasanya isu tu agak sensitif bagi sebahagian kita. ok bagi kita ketat bagi orang. namun pandangan orang adalah cermin buat diri. dan pandangan yang pahit namun benar adalah pandangan yang terbaik.