Thursday, August 6, 2009

Purdah dan Jubah

Saya belum pernah berpurdah. Berjubah sesekali ke kampus.

Topeng muka diedarkan oleh MPP UiTMJ semalam. Kami di Bilik Rehat Pensyarah (yang sehingga kini masih belum mempunyai nama) seumpama Doktor. Ada yang mendakwa specialist. MA pun ramai. Pensyarah muda yang masuk ke dalam bilik dianggap pesakit. Pakat-pakat ketawa dalam sedar.

Pagi tadi, semasa memandu masuk melalui pondok pengawal keselamatan, topeng muka turut dipakai oleh mereka yang mengawal lalulintas. Nampaknya, kesedaran bahaya H1N1 telah melanda UiTMJ.

Saya ke gerai Ibu membeli sarapan. Memakai topeng muka. Terserempak dengan dua pelajar lelaki.

Saya: Dah dapat mask?
Mereka: Belum
Saya: Pakailah kalau dapat nanti.
Mereka: Dah ada kes ke?

Bukanlah isu dialog antara saya dan mereka yang saya ingin tuliskan di sini.

Namun, saya mengalami perasaan yang sangat menyenangkan apabila berbual dengan lelaki dengan memakai topeng muka. Rasa diri lebih terhormat, lebih selamat, lebih terjaga, lebih suci.

Mungkin inilah perasaan mereka yang berpurdah. Terutama mereka yang dianugerahkan Allah rupa paras yang cantik menawan.

Jubah pula? Apabila tubuh kita ditutupi potongan kain yang lebar dan longgar, pergerakan menjadi lebih teratur. Samalah seperti baju kurung bagi bangsa Melayu. Kurung melalui pembacaan novel Manikam kalbu, bukanlah hendak mengurung wanita. Namun, bila berbaju kurung, nafsu buruk wanita mampu dikurung.

Saya lihat ada tiga pensyarah wanita anggun UiTMJ kini selesa berjubah hitam. Memang mereka semakin anggun dan kelihatan yakin dengan penampilan sebegitu.

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Apa khabar puan? lama benar tidak ke sini..

Saya sedang praktikal di sekolah menengah di Melaka dan hari ini sekolah saya diarahkan tutup kerana H1N1..

arifrusli said...

Salam Puan,

wah da ramai ek pakai mask kt uitm johor. dekat s.alam ni jarang sangat. rasanya 1:200 macam tulah.

Puan Noraini said...

Salam Huda dan Arif

H1N1 punya pasal banyak program tergendala. Musibah betul...Melaka dengarnya dah 20 buah sekolah di tutup. Dan di Segamat, ramai jugaklah yang dah pakai mask, dah macam medic school:)

ida_zy said...

salam kak ani
di dungun, kes h1n1 dah kronik
nak kurung orang sakit pun dah tak boleh
memang banyak2 tawakkal je la sekarang
sama ada ujian atau bala daripada Allah, sebagai orang islam kita kena redha

berkenaan baju pula, saya juga sependapat sangat lah santun nampaknya bila muslimah berbaju kurung dan berjubah
macam mana ye kak ani tegur students yang berbaju dan seluar sendat
lemah betul iman saya, tak terluah teguran huhu

aniisma said...

Salam Ida

Segamat pun tak jauh beza, dah ada kematian.

Tentang yang ketat2 tu, memang dah trend remaja kita berbaju dan berseluar sendat dan ikut bentuk badan. Dalam kelas boleh lah kita tegur, tapi luar kelas, berlambak pakai macam tu, dah tak tertegur Ida...kita menegur, bagi diaorang kita jeles agaknya.

Take care Ida, pakai mask!