Sajak saya, 'Encik-encik semua' berjaya memenuhi ruang kecil sastera akhbar Berita Harian Sabtu lalu.
Shima, Kak Lin dan En Ainol antara rakan seperjuangan yang memberi ucapan tahniah. Terima kasih. Ucapan kalian menceriakan hari minggu saya. Namun, saya akui sajak ciptaan Shima, Kak Lin dan En Ainol adalah lebih halus keseniannya dan mempunyai tahap keindahan bahasa yang tinggi.
Sejak di Tingkatan 1, saya minat bersajak dan bercerpen. Saya juga menulis novel cinta. Sayangnya naskah novel tersebut hilang entah ke mana. Sementelah, sistem 5S saya begitu buruk pada waktu itu. Namun, saya tidak yakin dengan diri sendiri. Saya juga tidak didorong guru. Semangat menulis karya kreatif hilang semasa menuntut di UIA. Dan terus tenggelam apabila dilanda ombak kesibukan sebagai Peguam.
Di UiTM Johor, semangat tersebut kembali. Bakat yang sedikit diasah kembali. Namun, ia tetap tumpul dek kesibukan mengasah bakat penulisan akademik yang menuntut masa yang bukan sedikit. Walaubagaimanapun, semangat tersebut disiram pula dengan kursus-kursus anjuran UPENA UiTM Johor. Namun, bakat tersebut tidak sesegar seperti usia remaja dahulu.
Apapun, alhamdulillah, Sabtu lalu, Berita Harian telah memberi saya merasai kegembiraan dan keterujaan yang sepatutnya saya alami berpuluh tahun sudah...Terima kasih Berita Harian
7 comments:
Alhamdulillah...
tahniah puan...bestnye kalau sy dpt keratan tue..
ermmm nnt boley ajar sy cane nk anto ...
hehehee~
bangga and gembira dgr cerita nie..smg puan lebih bersemangat untuk menulis puisi yang boleh dikongsi dengan masyarakat. Tahniah sekali lg puan....
hope UPENA uitm johor akan terus berkembang dengan menghasilkan penulisan dan pengajaran untuk penulisan yg bermanfaat....
TAHNIAH puan....
-Andeh-
tahniah kak ani.. semoga kak ani tak jemu menulis
tahniah puan...kalau boleh puan letak la dlm blog nie sajak puan tu
assalamualaikum..
Tahniah puan...
Semoga puan terus berkarya...:)
Salam, wah cool! Tahniah Puan.
Assalamualaikum semua
Dari 5 komen, 4 datang dari bekas pelajar dan pelajar sem 6. Ucapan tahniah sebegini memeriahkan hari saya. Semoga kalian terus memanafaatkan blog dengan pengisian yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan sahabat seislam...
Zura,menulis ni tak jemu cuma masa yang terpaksa dibahagi sebijak mungkin dan kesihatan yang perlu sentiasa cemerlang tanpa diganggu oleh elemen malas
Jo, kalau nak tau cara nak anto, kena berguru dan bayar pengeras....
Noraini Ismail
Salam,
wahhh
ade pengeras ea?
heheheee~ boley3x...
:b .. .
Post a Comment