Monday, March 23, 2009

Perjuangan Belum Selesai

Alhamdulillah, 3 program Kelab Inspirasi berjaya dilangsungkan.

1) Lawatan Amal ke Pernim
2) Forum Cinta Mahasiswa: Semanis Madu Sepahit Hempedu
3) Mahasiswa Turun ke Desa

Exco-exco Kelab tentunya menarik nafas lega. Bolehlah selepas ini mereka memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada akademik sebelum 20 April tiba. Namun, Bendahari masih ada kerja-kerja pelarasan kewangan. Sabri, sabar ajelah...

Sebagai Penasihat, saya turut lega. Saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan besar Kelab. Bila tiba sesi bedah siasat aktiviti, saya berdoa semua Exco berlapang dada menerima kritikan yang diharap dapat menambahbaik perjalanan Kelab di masa akan datang.

Di sebalik program, terlihat beberapa perkara penting:

1) Komunikasi sangat utama. Komunikasi dua tiga empat hala. Andai terputus elemen ini, kerja jadi pincang.
2) Sikap menunggu kerja adalah sikap yang tidak molek. Cari kerja walaupun terpaksa menyudahkan kerja orang lain. Kita perlu lengkap melengkapi.
3) Ketua projek mestilah seorang yang ada aura dan suara. Hilang aura dan suara, ketua terpaksa menanggung kerja.
4) Doa setiap sebelum dan selesai pekerjaan. Kerana akhirnya, Allah sahajalah yang mempermudahkan semua urusan.

Bukan mudah menjadi penasihat rupanya...

Banyak lagi kerja menasihat yang belum selesai...

2 comments:

amirul_rafiq said...

alhamdulillah... berjaya juga kelab meneruskan aktiviti yg dirancang. terkenang peristiwa semasa menerajui kelab dulu... tahniah puan, n tahniah kpd exco kelab semuanya...

ROS said...

Assalamualaikum Ani,

takde ke cerita@gambar dari Pernim yang boleh dikongsi bersama? Saya suka membaca kisah insan2 berhati mulia seperti puan yang menjadi payung kepada Pernim tu (maaf, saya lupa namanya).