Thursday, February 26, 2009

Keusahawanan Sosial

Khabarnya akan muncul satu matapelajaran baharu buat pelajar-pelajar IPT.


KEUSAHAWANAN SOSIAL

Menarik juga tetapi apa ya kaitan usahawan dan sosial?

Visi UiTM Johor ialah:
Menjadikan UiTM Johor sebagai sebuah institusi pendidikan unggul yang mengendalikan program profesional dengan menyatupadukan sains, industri, teknologi dan kemanusiaan berorientasikan pengurusan dan keusahawanan
Oleh itu, kepada KPT andai perlu IPTA untuk merealisasikan projek-projek perintis di bawah sukatan matapelajaran baru ini, UiTM Johor adalah institusi yang paling bersedia. UiTM Johor ada Tuan Haji Ros Hasri yang kental dengan semangat kesahawanan.
Malah, pensyarah-pensyarah UiTM Johor juga ada yang sangat berpotensi dalam keusahawanan. Mereka juga pandai bersosial. Mereka juga rapat dengan masyarakat. Cuma, kekangan mengajar menghalang keistimewaan mereka disalurkan kepada masyarakat.
Saya fikir, andai sahaja matapelajaran ini berupaya memberi impak positif yang maksima, ia perlu disegerakan.

6 comments:

AnDeH said...

Usaha yang baik untuk menyediakan pelajar yang berkemungkinan menghadapi cabaran pengangguran yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mungkin antara chapter yag boley disematkan sekali adalah keyakinan pelajar untuk terlibat secara bersungguh2 dlm arena keusahawanan, tidak gentar dengan cabaran dan kritikan...
-Andeh-

Anonymous said...

salam Kak Ani.

Skrg memang semua IPT diminta terapkan subjek keusahawanan ke? baru minggu sudah imm kena translate research paper Unitar, tentang penerapan keusahawanan dlm kursus2 yg ditawarkan di sana.

Anonymous said...

Salam Jo dan Imm

Pendebat macam Jo memang tak gentar cabaran dan kritikan

Imm, itu baru cadangan MOHE, mungkin tahun ini, menjelang kemasukan Julai nanti atau mungkin tahun depan. Imm ni penterjemah rupanya...

Noraini Ismail

Anonymous said...

Kak Ani..

Itulah, bila jiwanya pada bahasa, dipaksa jadi lawyer, memang x boleh juga. Hihi.

Anonymous said...

Salam Noraini,

Tahniah kerna sajak Encik-encik semua berjaya diterbitkan di Berita Harian Sabtu lepas.....syabas...teruskan usaha....

Anonymous said...

Salam

Sertai Kuala Lumpur Trade Program
Program keushawanan Bumiputa,

Untuk maklumat lanjut layari :

http://www.kltp.net/b29/webhome.php