Sunday, February 1, 2009

Masa untuk menulis

Sudah masuk bulan Februari. Belum ada penulisan akademik. Rasa sungguh tercabar. Bila nak mula menulis ni?

Sudah ada beberapa tajuk yang telah dibincangkan dengan Hjh Rohani Jangga. Kak Hajjah, kita buat betul-betul ye penulisan ni. Kalau Ani terleka, cepat-cepatlah sedarkan. Dengan kak Saliza, Peguam Syarie di Kluang juga, sudah bersetuju untuk menulis bersama-sama terutamanya tentang hal-hal perundangan keluarga Islam. Dengan sahabat yang sungguh baik hati di Shah Alam, Norazlina, juga telah menghantar abstrak ke Hong Kong. Cuma perlu mengemaskini kertas kerja penuh.

Ya Allah, cerdaskan akalku, segarkan mindaku, tajamkan pemikiranku, perhalusikan hujahku, rasionalkan penulisanku, kekalkan semangatku, sihatkan tubuh badanku...Amin

Ok Noraini Ismail, masa untuk menulis sudah bermula...

3 comments:

AnDeH said...

Salam,
puan...
smg trs mendapat ilham daripada Die; yang Maha Mengetahui demi perkembangan ilmu yang meluas..
Salam dari kejauhan, bekas pelajar BBA ISB 1st batch, Johari Mohd...
http://andehsilodeh.blogspot.com/
salam ukhwah..

Anonymous said...

Salam ani lama tak datang kampus shah alam. Semoga barjaya dgn penulisan...

ikmalhmt said...

Salam singgah,

Selamat menulis makalah perundangan. Semoga dapat teruskan momentum.