Sunday, February 1, 2009

Doa buat Ema, Mirul, Echot, Kecik dan Ida

Entri ini khusus untuk mereka.

Saat ini, saya rindukan 'kanak-kanak riang' tersebut.

Mereka adalah bekas Exco Kelab Inspirasi UiTM Johor.

Ema yang jelita, semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga terus menjadi anak yang solehah. Semoga Ema mendapat tawaran belajar ke luar negara. Semoga bertemu bakal suami di luar negara yang manis chinese blood macam ema yang jelita.

Mirul yang tampan dan kepochi, semoga tenang di Kelantan. Makan je apa yang ada. Butterscoth pun kenyang jugak. Semoga dapat DL macam musuh ketat kat Shah Alam tu. Rajin-rajinlah update blog yang dah bersawang...

Echot yang manis, semoga terus dapat DL setiap semester. Janganlah bersedih lagi. Hidup perlu diteruskan. Pasti arwah emak Echot sedang berbahagia di dunia sana. Tengok-tengokkan Mirul tu...Semoga Echot akan menjadi pensyarah yang cemerlang 4 tahun akan datang...

Kecik yang cute, semoga beroleh manafaat yang banyak di sana. Janganlah besarkan badan je, besarkan juga minda dan jiwa. Kecik beruntung sebab dapat ziarah negara orang..jauh perjalanan luas pemandangan bestari pemikiran, betul tak mirul? Teruslah menulis pengalaman Kecik di sana...

Ida yang menawan, semoga praktikal semester ini mematangkan lagi pemikiran Ida..Ada contact orang Sabah lagi tak? Ida, saya ada cerita terbaru, telefonlah saya bagi mendapatkan berita terkini lagi sensasi...Ema, Mirul, Kecik dan Echot tidak dijemput untuk mendengar cerita ini.

Kalian kekal dalam ingatan saya. Saya sentiasa mendoakan kalian berbahagia dan sentiasa dirahmati Allah Maha Penyayang. Dan yang penting sekali, semoga kalian kekal beriman, beramal dan bertakwa.
Moga bertemu lagi

1 comment:

Rafiq said...

salam puan...

sedihnya bila terkenangkan saat2 'nakal-nakal' masa bersama dengan kelab inspirasi, dan puan...

saya tengah cuba2 bersihkan sawang2 yg melekat di dinding2 blog saya ni... hehehe... tgah cari idea baru la...

p/s: tak sabar rasanya nak jd RA puan...hehehe

salam kerinduan dari saya
:)