Thursday, February 12, 2009

LAW 485, Tanah Kubur & Spa Q

Law 485 kod kursus bagi Undang-undang Korporat adalah matapelajaran wajib buat pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Bermula dari penubuhan syarikat, jenis-jenis syarikat, kesan perbadanan, pengarah setiausaha juruaudit syarikat, saham sehinggalah ke penggulungan syarikat. Akta Syarikat 1965 menjadi peneman utama pengajaran dan pembelajaran.

Namun, bukan tugas mudah menyampaikan ilmu undang-undang kepada pelajar bukan undang-undang. Terlalu banyak legal terms yang sukar difahami. Yang mereka suka sebut ialah bona fide mala fide. Bila berbincang mengenai kes, kreativiti pensyarah untuk memberi penerangan tepat memang diperlukan. Terkadang, perlu memberi illustrasi atau contoh untuk lebih membantu.

Tanah Kubur dan Spa Q adalah dua drama Melayu . Tanah Kubur ialah drama yang mengisahkan seorang usahawan Melayu yang berjaya dan kaya namun miskin amal ibadat. Meninggal dunia akibat serangan jantung. Di akhir cerita, isteri usahawan tersebut tidak dapat mewarisi saham-saham syarikat akibat wasiat tanpa tandatangan. Terma Article of Assosiation syarikat juga tidak memihak kepada si isteri. Spa Q pula penuh dengan konflik wanita cantik, namun itu bukan tumpuan utama, yang lebih penting bagaimana pengarah syarikat melanggar tugasnya sebagai pengarah dengan 'mencuri' kontrak-kontrak syarikat. Bagaimanapula proaksi dilantik dan juga halatuju sesebuah syarikat.

Apabila melihat kesusahan pelajar untuk memahami apa yang saya terangkan, saya akan kaitkan dengan drama-drama tersebut. Mereka akan ketawa gelihati. Tak sangka pensyarah ni tengok Spa Q. Namun, akhirnya mereka faham.

Untuk En Ikmal di UiTM Pahang, pengalaman saya menjadi peguam selama 3 tahun banyak membantu dalam pengajaran matapelajaran undang-undang buat pelajar yang tidak minat menghafal tetapi cinta abjad-abjad yang memeningkan kepala saya. Pengalaman moot En Ikmal, insyaAllah akan diperlukan nanti buat pelajar di Pahang. Boleh juga jadi Penasihat Kelab Debat. Tentang UK, saya pun teringin nak sampai ke sana....tentang Main Campus, itu juga satu idaman...

1 comment:

ikmalhmt said...

Mengapa baru sekarang saya tersedar ada komen ditujukan buat saya? Agak ketinggalan rupanya saya.

ya pengalaman puan sebagai peguam sekurang-kurangnya dapat membantu dan saya masih lagi mencari jalan untuk memperbaiki pengajaran.

Dahulu dengan non-law sekarang law students pula di Kuantan. :)