Thursday, February 19, 2009

Halaqah untuk si pelupa

Saya sering lupa. Waktu remaja dahulu, lupa adalah satu penyakit serius dan perlu sentiasa diingatkan. Saya selalu diingatkan oleh kakak naqibah dalam program Halaqah di UIA tercinta.

Setiap Jumaat, ketika brothers bersolat, kami sisters diwajibkan menghadiri halaqah. Terkadang, rasa amat malas bersarang di hati. Ada juga 'tuang' halaqah beberapa kali. Tidak lebih 3 kali setiap semester. Terutamanya, ketika rasa rindu pada keluarga dan tv di rumah datang menyerang.

Kami akan berkumpul di mana-mana tempat yang dipersetujui bersama-sama. Kadang, di musolla, kadang di kelas, kadang di bilik naqibah. Kami akan mulakan dengan membaca doa mudah belajar atau mendendangkan Asma-ul-Husna atau menzikirkan "wahai tuuuhan, ku tak laaayak ke syurgaaamuuuuu namun tak pulaa akuuu sanggup ke neeerakamuuuuu..."

Halaqah berlangsung selama 1 jam. Isu-isu seputar remaja menjadi tajuk perbincangan. Naqibah kami selalunya bertudung labuh. Sinar wajah mereka terserlah. Ada yang berkulit gelap, macam saya, tapi tetap ada sirna di sebalik kegelapan tona kulit itu. Pelajar antarabangsa akan diketuai oleh pelajar antarabangsa juga. (Sekarang, saya terasa satu kerugian apabila mengenangkan pengasingan pelajar yang andainya disatukan, pasti menguatkan silaturrahim sesama Islam dan menambahkan senarai sahabat sedunia)

Ada naqibah yang garang dan bersuara keras. Ada naqibah yang sangat lemah lembut dan terserlah sifat keibuan. Ada pelajar yang datang hanya kerana memenuhi syarat lulus ijazah. Dan saya, saya selalu mendapat gred cemerlang setiap semester. MUMTAZ..Namun, cemerlang dalam Halaqah gagal mencemerlangkan saya dalam setiap tindakan. Saya alpa dan saya cuai. Terkadang saya lupa yang saya mungkin tidak layak mendiami syurga yang serba mewah serba indah tetapi saya juga kecut hati mengenangkan neraka Allah...

Sehingga kini, saya masih perlu halaqah. Manusia dan sifat lupa adalah lumrah kehidupan. Ketika kedutan di bawah mata semakin jelas kelihatan, saya semakin dambakan ingatan-ingatan kepada sifat lupa ini. Namun, batasan masa dan tugas sebagai seorang ibu menghalang saya keluar mencari ubat lupa. Terima kasih kepada teknologi terkini yang menghidangkan ubat mujarab dalam bentuk web yang bersesuaian bagi mengingatkan yang lupa. Siri-siri halaqah berbentuk tulisan ini sesuai untuk saya yang mudah lupa. Namun sesuaikah untuk semua golongan?

P/s: Untuk pelajar K2 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Law 485), bersyukurlah dengan modul pelajar itu...

5 comments:

~imm~ said...

salam sis.

halaqah dengan usrah tu sama ke? saya ada sesi usrah je, ikut buku yg uia bagi tiap2 sem, ada examnya sekali. kena pilih 1 mlm, selalunya khamis mlm jumaat.

Kdg2 malas, tp nanti akak naqibah ketuk pintu bilik, umpan pakai air teh 0 dan biskut. Hik2. Terus kami adik2 ni berebut2 berkumpul.

nakalnya dulu. berkumpul bkn utk ilmu tu, tp untuk secawan teh o dan biskut kering. tp, bahan perbincangan masa sesi2 usrah tu la, yang selalu saya imbas jadikan panduan skrg.

Anonymous said...

Salam sis

Lebih kurang sama...Kami dulu-dulu buat waktu solat Jumaat. Dah lupa ada exam ke tak..rasanya ada..ntahla, dah tua, dah lupa...

Betul, setuju dengan sis, banyak yang kita belajar masa kat uia dulu dan kita pegang hingga kini..kenangan berzikir bersama ustaz Badrul Amin yang bersuara lunak merdu masih terbayang hingga kini...

Salam perkenalan

Kak Ani
UIA
Matriculation Lembah Pantai 1989
PJ Main Campus 1990-1994

~imm~ said...

Salam kak Ani.

Wah senior jauh ni. Imm dari main camp gombak. Itulah, masa usrah dulu, x terfikir pun semua bahan perbincangan tu akan diingati sampai sekarang. Baru terasa rugi, sbb peluang bertanya dulu x digunakan sebaik-baiknya.

Anonymous said...

Salam Imm

Jarak umur kita 10 tahun.Tak kesahlah. Asal se UIA atau seislam atau semanusia..

Imm masih belajar? Teruskan menimba ilmu..Umur masih muda dan masa masih panjang. Usrah di mana2 asal ada keinginan yang kuat.


Kak Ani

UMI JAH said...

Assalamualaikum Ani,

perjumpaan halaqah meningatkan kita pada yang mungkin kita lupa @ tak tahu, nasihat menasihati dan saling lengkap melengkapi. Lagipun kita boleh berkongsi apa yang kita baca dari macam2 sumber untuk menambah ilmu.

Betul lah, masa belajar dulu saya pun nak cari alasan untuk ponteng halaqah, lebih2 lagi ianya takde exam mcm uia...semuanya atas kesedaran sendiri.

Betul, sekarang ni semua orang sibuk, tapi kita boleh buat usrah bersama anak2 dan suami/isteri kita, kadang2 tak perlu lama..10-15 minit setiap sesi.Kalau lama, anak2 jemu.