Saturday, January 10, 2009

Tahu dan buat tidak tahu atau memang tidak tahu?

Panjang pula tajuk di atas. Pertanyaan itu untuk yang bergelar pelajar Muslim/Muslimah Melayu. Tahu tentang apa? Tentang adab belajar.

Di sebuah kelas Khamis lalu, saya memulakan kuliah seperti biasa. Di hadapan saya, 28 orang pelajar mendengar dengan tekun. Saya tertarik dengan kerenah seorang pelajar Muslimah Melayu . Tangan kanannya sedang memegang batang (stik) lolipop. Bulatan lolipop sudah pasti di dalam mulutnya. Badannya sedikit bergerak. Enjoy barangkali dengan lolipopnya. Di kala rakan-rakan lain berusaha membuat catatan, pelajar ini hanya mendengar dengan mulutnya disumbat lolipop.
Saya bersangka baik. Mungkin pelajar ini telah mengulangkaji tajuk terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas. Jadi, dia hanya mahu mendengar sahaja. Namun, tindakan menghisap lolipop di hadapan pensyarahnya, adakah ia 'acceptable attitude?" Saya tidak menegur tindakan pelajar tersebut. Detik yang kurang sesuai untuk menegur. InsyAllah, minggu hadapan, saya akan memberi kuliah tujuh minit (amalan En Halim Kadri sebelum memulakan kuliah). Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Islam ada adab belajar. Atau mungkin tahu tapi terlupa. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ilmu pengetahuan yang sedikit, namun perkongsian ilmu tentang adab belajar diharapkan dapat memberi panduan buat yang tidak tahu dan ingatan buat mereka yang tahu tetapi buat tak tahu.

"Seseorang pelajar yang menghadiri sesuatu majlis ilmu hendaklah beradab
dengan sifat-sifat yang ditunjukkan oleh ‘ahli-ahli’ seperti yang telah diriwayatkan
daripada Ali bin Abi Talib yang maksudnya “Di antara hak guru ke atas kamu ialah
kamu memberi salam kepada orang ramai secara umum dan kamu khususkan
baginya dengan satu salam. Kamu duduk di hadapannya, jangan mengisyaratkan
dengan tangan kamu di sisinya dan jangan mengerling dua mata kamu, jangan berbincang dengan orang yang duduk bersamamu di dalam majlis."- sumber internet
Mengerling pun dianggap kurang beradap, apalagi menghisap lolipop.
Apabila mereka duduk di hadapan guru ketika belajar, mereka duduk dengan penuh tawadhu‘, khusyu‘ dan tenang. Memandang guru ketika dia bercakap dengan penuh perhatian dan memikirkan secara mendalam akan kata-katanya dan tidak memandang ke arah lain tanpa keperluan, begitu juga tidak bermain-main dengan tangan, kaki atau anggota-anggota yang lain ataupun bermain-main dengan pen, pakaian serta lain-lain perbuatan yang boleh mengganggu konsentrasi mereka terhadap guru - sumber internet
Namun, ini adalah pandangan peribadi.
*gambar sumber internet

3 comments:

Zanariah said...

kak ani,
nampaknya, saya pun kena guna pendekatan begitu. Kadang kala, student memang tak tahu bagaimana beraksi didalam kelas, so, kak ani kena bagitau. Nasib baik dia tak makan nasi lemak... Banyak sangat tengok drama dalam tv yang berkisar pelajar kolej ala-ala barat... tu yang terikut2 hisap lolipop sekali. Nasib baik UiTM masih menerapkan nilai2 murni Islam dalam adab pakaian. Kalau tidak, pasti bukan lolipop saja yang jadi isu.

ROS said...

Assalamualaikum Ani,
pelajar sekarang memang ramai yang menguji kesabaran pendidik. Macam2 perangai mereka yang ditonjolkan. Suami saya pernah berhadapan dengan pelajar yang makan gula2 getah. Dalam nada serius, suami berkata bahawa gula2 getah tu asalnya adalah dari getah sekerap dari pokok getah. Pelajar2 yang sedang mengunyah, berhenti mengunyah lalu masing2 cepat2 membuang gula2 getah yang ada di dalam mulut. Kelas berikut2nya, tiada lagi yang mengunyah gula2 getah lagi.

Nampak seperti lucu, lebih2 lagi tentang asal gula2 getah tu sendiri. Tapi berjaya juga cara suami saya tu untuk menghentikan tabiat mengunyah di dalam kelas.

Anonymous said...

Assalamualaikum Zana dan Ita

Dah 6 tahun mengajar di Segamat, ini kes pertama. Agaknya, pelajar tersebut bermasalah. En Halim lembut tapi tegas. Saya kena belajar pendekatan yang sesuai dengan pelajar alaf baru rasanya.

Noraini Ismail