Friday, January 30, 2009

Aset Syarikat?

Hampir setiap hari berkerja, seawal 7 pagi, kelibatnya kelihatan di tepi jalan berhampiran jambatan pertama bandar Segamat. Mungkin dia telah berada di situ lebih awal. Sebelum kenderaan sibuk di jalanan. Susuk badannya kecil. Berambut kemas pendek. Berkulit sawo matang. Ada raut keturunan jawa. Pergerakannya pantas. Kelihatan agak kalut. Baju seragam jingga dikemasi lagi dengan vest hijau berkilat. Sambil melakukan kerja hakikinya, dia turut berbalas pandang dengan pemandu-pemandu kenderaan yang terhenti dek lampu merah selama 99 saat. Kadang bertukar senyuman. Dia kelihatan sungguh ikhlas dengan pekerjaannya. Teliti. Keadaan sekitaran nampak bersih.



Dialah lelaki itu. Lelaki yang tidak diketahui namanya. Pekerja Majlis atau sub-kontraktor barangkali. Kagum dengannya. Bagi saya, dia antara aset majikan. Kerajinannya terserlah. Jalanraya bersih tanpa sampah.

Tahniah Encik. Moga Allah sentiasa memberi rezeki keimanan, ketakwaan, kesihatan yang cemerlang, gaji yang diberkati, rakan sekerja yang beriman, isteri yang solehah, anak-anak yang mukmin dan mukminah...

No comments: