Friday, January 23, 2009

Pelajar dan Blog

Sudah ramai pelajar yang memiliki blog sendiri. Mungkin atas usaha sebilangan pensyarah yang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran selari dengan situasi semasa. Teknologi terkini dihargai.

Pernahkah menyelusuri blog pelajar kita?

Ada yang 'innocent', 'naive': menulis seadanya. Tentang cita-cita, tentang hobi, tentang keluarga.

Namun, ada yang 'advanced' : menulis sesungguh-sungguhnya. Bahasa orang muda-muda. 'WTF' sering ditulis selesai mengutuk peraturan sahsiah rupadiri pelajar. Gambar yang menghairahkan dan ringan-ringan pun ada. Aktiviti lapang mereka juga diperincikan. Terkadang membuat saya terlongo.

Melalui penulisan di blog peribadi namun boleh dibaca oleh sesiapapun, hatta oleh Pengarah Kampus sendiri, kita boleh membuat andaian kasar tentang sikap sebahagian pelajar. Ada pelajar kita yang masih belum mampu memenuhi sebahagian ciri-ciri model graduan UiTM.
  1. Berpengetahuan & Berkemahiran
  2. Mempunyai Kecerdasan & Ketahanan Mental Serta Fizikal Yang Berpanjangan
  3. Mempunyai Sifat Jatidiri, Patriotik, Berterima Kasih Dan Bersyukur
  4. Beretika, Bertakwa & Berakhlak Mulia Serta Mempunyai Ciri-ciri Personaliti Yang Seimbang, Harmonis & Holistik
  5. Berdikari, Berdaya Saing, Mempunyai Ciri-ciri Kepimpinan, Keusahawanan & Kemahiran
    Pengurusan Yang Tinggi
  6. Rasional , Terbuka, Berpandangan Jauh, Berketrampilan Bebas & Yakin, Progresif, Saintifik & Berkemahiran
  7. Kreatif, Konstruktif, Progresif, Saintifik, Inovatif, Kritikal Global & Analitikal

Bukan tugas mudah menjadikan mereka model graduan UiTM. Latar belakang keluarga yang berbeza membentuk personaliti pelajar. Pengaruh rakan sebaya pula berupaya mengubah sikap sebahagian lain. Jiwa muda mempengaruhi tindakan. Syaitan turut memain peranan besar.

Namun, pelajar perlu rasional dalam sebarang tindakan yang diambil walau menulis dalam blog peribadi sendiri. Blog bukan diari yang boleh dikunci.

Moga Allah memberkati warga UiTM Johor.

3 comments:

Anonymous said...

thanks puan..
satu peringatan yg sgt bermakna.
eventhough i'm no longer of UiTM student but deep inside i'm still UiTM's student 2day n 4ever.
InsayAllah sy akan ubah segala pandangan terhadap blog.
Amin..
Kecik yg comel(hehe.nak ole2 OZ tak? kalau nak kena senyum dulu)

payat inc said...

naif and innocent...huhu

arifrusli said...

Salam Puan,

hehe. tak sangka puan ada blog. saya dgn faris dok baca blog Pengarah, then baru perasan ada link kt situ. Anyway, saya pun setuju dgn etika yg sepatutnya pelajar gunakan dalam blogging.