Monday, January 12, 2009

Call To The BAR 1996

Berat betul jubah peguam tu. Dan besar. Saya sedang mengandung anak sulung ketika itu. 'Kebesaran' badan saya dalam gambar di atas sudah diperjelaskan. Dan saya memang sangat berisi sepanjang tempoh kehamilan. Dan masih tetap sebegitu sehingga kini.

Gambar bersama-sama Kartini dari Sarawak. Call To The Bar adalah saat yang paling membanggakan bagi seorang pelatih dalam kamar. Setelah 9 bulan terseksa di firma 'master' di Wisma Campbell Kuala Lumpur, ia diakhiri dengan kenangan manis ini di Banggunan Mahkamah Tinggi Wisma Denmark di hadapan Yang Arif Tuan Hakim Dato' Abdul Kadir Bin Musa.

Hampir tiga tahun di Tetuan P & N di Wisma Cosway Jalan Raja Chulan dan akhirnya ia berakhir (harapnya) dengan kerjaya sekarang...

Usia yang menghampiri angka usia pembaca sasaran majalah MIDI membuat saya lebih retro...

5 comments:

Anonymous said...

Puan,

Bila baca ttg entri ini, teringat ttg call to the bar saya pada tahun 2000. Saya pinjam jubah dari ibu saudara saya, besar dan berat. Saya hanya sempat menjadi 'lawyer' selama 5 bulan sahaja. Skrg saya di POJ, Putrajaya.

Nisah Haji Haron said...

Ah, waktu-waktu itu... Percaya atau tidak, saya tidak ada sekeping pun gambar sewaktu 'call to the bar'.

Anonymous said...

Salam Nisah dan Gee

Rasa manisnya 'Chambering' tidak boleh dibanding dengan manisnya gula. Pahit pula tidaklah sepahit hempedu. Ia berbaur. Susah untuk diperjelaskan. 'Call to the BAR' memberi penyuntik semangat untuk terus meladeni undang-undang walau dalam cara apapun.

Kak Ani

Zaid Akhtar said...

Pergh,
memang retro.

aniisma said...

Salam Ustaz Yazid

Ustaz pun pandai guna perkataan perghhh...terpaksakan uztaz, bila berhadapan dengan pelajar alaf baru, terkadang kita kena ikut rentak mereka bagi lebih memahami.

Nisah, Gee dan Kak Ani merasai detik Call to the Bar setelah penat belajar law selama 5-6 tahun (termasuk matrikulasi) dan 9 bulan chambering. Jadi, hanya kita-kita sahaja yang dapat menikmati detik tersebut...

Dah habis master ke ustaz?