Monday, September 15, 2008

Untuk Ina

Satu-satunya pengikut setia blog ini, adik saya menelefon petang tadi.

"Kenapa dah lama tak update blog, Ngah?"

"Ya Allah, Ramadan bulan yang sangat cepat masa berlalu. Tanpa sedar dah petang. Sibuklah Na"

"Oooo"

Betul, saya sibuk. Bukanlah sibuk sangat. Tapi peranan seorang ibu, isteri, pekerja, guru Al-Quran, cikgu tuisyen, tukang masak, tukang basuh, sidai, lipat kain dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa tugas) menyibukkan saya. Bangun seawal 4am, sediakan sahur, saya cuba mengelak untuk tidur semula. Kalau tidur juga, badan jadi lemah.

Pukul 10 malam, saya sudah ke katil. Memilih untuk merehatkan badan seawal mungkin supaya bertenaga untuk bangun sebelum subuh. Bila saya mengadap komputer, mengemaskini blog adalah impian terakhir. Saya penuhi dulu dengan mengemaskini powerpoint presentation buat mengajar. Marking juga sedang menggila sekarang.

Jadi Na, bila Kak Ngah free, barulah Kak Ngah ada selera nak update blog yang serba sederhana ni. Mungkin selepas Syawal. Mungkin ada banyak cerita!

Aidilfitri ni, Abang Ngah kata, kalau ada modal lebih, insyallah kami sampai ke Perlis. Sediakan je tosei dengan capati....

2 comments:

ROS said...

Assalamualaikum Ani,

Apa khabar? Puasa2 ni tak berapa ada mood nak menulis, cuma masuk blog yang biasa.

Sibuk betul Ani bulan puasa ni ye. Takpe, semuanya adalah dalam rangka ibadah kepada Allah. Kita pun dah masuk fasa ketiga Ramadhan. Sama2lah kita mengisinya.

Saya tak pandai buat kuih, semuanya kuih 'tunjuk' je. Kalau ada pun setakat kek batik dan cornflake madu, tu pun sebab nak raikan anak2...hehehe.

aniisma said...

Salam Ita

Sibuk tu boleh tahanlah...cuma bila bulan puasa ni, kena balik awal sikit, nak berperang kat dapur pulak. Kalau Ani beli lauk, anak-anak tak berapa lalu nak makan. Tapi kalau ani masak walau simple, selera anak-anak ok. Jadi kesian kat anak, ani pun kerap masak sendiri. Beli baru 2, 3 kali.

Ye, 10 hari terakhir Ramadan menjanjikan yang terindah dari ALLAH. Semoga mendapat keberkatan 10 malam terakhir...