Friday, September 19, 2008

Kad Raya Pertama

Kakak minta duit RM1 sebelum turun dari kereta. Saya tanya, nak beli apa? Kakak senyum simpul. Saya bagi tanpa banyak tanya. Bulan Ramadan ni, mesti pemurah.

Kakak balik sekolah pukul 4 pm bulan puasa ni. Dia belek-belek beg sekolah. Tangan dia cepat memasukkan sesuatu dalam beg. Sebelum sempat dia angkat beg masuk biliknya, Angah pecah rahsia.

"Mama,mama, kakak nak bagi kad raya kat mama"

Kakak terkulat-kulat pandang Angah. Mungkin dia nak 'surprise'kan saya sebelum tidur. Perlahan dia keluarkan kad dari dalam beg.

"Ni mama, kakak bagi kad kat mama"

Oooo...patutlah minta RM1.

Cantik tulisan tangan kakak.

Selamat hari raya mama. Mama, akak minta maaf. Halalkan makan dan minuk akak. oklah bye bye.

Itulah kad raya pertama saya tahun ini. Kad kedua datang dari VC UiTM. Kad ketiga, Nurul Huda, ex student saya yang baik budi pekertinya. Betapa kurang popularnya saya tahun ini...

Berbalik pada isi kandungan kad raya kakak, teringat raya dua tahun sudah. Semasa bersalam, anak-anak akan minta maaf dari kami suami isteri. Bila tiba giliran kakak, sambil cium tangan saya, dia tergagap-gagap mengatur ayat.

"Mama, akak minta maaf. Halalkan makan dan.....air kakak ye" Semua ketawakan perkataan 'air'nya tu.

Nampaknya sekarang kakak dah tahu apa ayat yang sebenar meminta kemaafan dari ibubapa.

3 comments:

Rafiq said...

isk... lamenyer??? cam ni biler sayer boleh jadi pemberi kad raye paling cute kad puan yang ke 1000??? hehehe...

Syah said...

Ada la jugak dapat dari student... saya pula setiap kali nak raya hanya Dato' VC saja yang ingatkan saya...

aniisma said...

Salam Syah dan Imah

VC memang tak pernah lupakan kita. Mujur ada dia, dah pasti dapat sekeping! Sekarang ni dapat kad raya virtual dan sms je, dekat nak raya nanti penuh emel dan hp...

Imah, buat biskut la kot, raya ni, kan suri Syah sepenuh masa...

Salam 10 Ramadhan terakhir, Kak Ani doakan kalian mendapat kejayaan dunia akhirat...