Wednesday, September 29, 2010

Kena tulis sesuatu

Malu dengan tajuk entry terakhir yang masih mengekalkan perkataan Ramadan, maka saya menulislah sesuatu pada pagi ini sebelum ke pejabat. Lewat sikit hari ini sebab perlu singgah dahulu kedai ambil bunting untuk ceramah akademik Jumaat ini.

Saya sekarang sedang menekuni beberapa buah buku untuk persiapan rohani dan jasmani. Juga sedang agak sibuk bermarhaban rumah ke rumah. Ohhh Segamat kaya marhaban. Juga sedang agak sibuk menguruskan itu ini.

Kesibukan itu ini bukanlah punca utama untuk kurang menulis namun semangat saya sekarang tertumpah kepada perkara lain. Menulis perlu ada semangat.

Akan menulis lagi bila ada semangat di Segamat.

2 comments:

Arizakiah said...

saya rasa tenang mengikuti blog noraini....

Anonymous said...

Salam Puan Arizakiah

Gembira hati saya membaca komen ringkas Puan. Saya menulis perkara ringkas yang sangat berkait rapat dengan kehidupan saya yang ringkas tapi signifikan (pinjam kata-kata bos saya Prof Kamil). Jika penulisan saya memberi ketenangan kepada Puan, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Dia yang memberi ilham untuk menulis. Saya akan ke Mekah 28 Okt nanti. Doa puan saya amat hargai.

Noraini Ismail