Monday, July 19, 2010

Inspirasiku...

Terpegun melihat jumlah yang hadir AGM Kelab Inspirasi sebentar tadi. LT1 dipenuhi sehingga ramai pelajar yang terpaksa duduk di anak-anak tangga. Saya cuba kaitkan peningkatan itu dengan jumlah pengambilan pelajar baharu semester ini. Ada kaitan! Namun, saya tetap bersyukur melihat khalayak yang sungguh ramai.

Kebetulan, saya sudah siapkan slides power point. Jadi ucapan saya tersusun. Saya ucapkan tahniah kepada siswa siswi kerana telah memilih Kelab Inspirasi, sebuah kelab yang telah memenangi Anugerah Kebajikan Masyarakat dan Sosial tahun sudah. Saya ceritakan secara ringkas beberapa aktiviti Kelab yang memberi inspirasi dan motivasi kepada ahli. Saya hebahkan betapa perlunya soft skills kepada siswa siswi. Saya sedarkan betapa indahnya menjadi hamba Allah umat Muhammad yang berbakti kepada masyarakat luar. Saya luahkan betapa seronoknya meneroka bumi Allah dengan aktiviti outdoor seperti yang kami lalui semester lepas di Kem PLKN Mersing. Saya bisikkan betapa ruginya siswa siswi yang hanya terperuk di kampus tanpa mengambil peluang bersosial secara sihat dalam aktiviti-aktiviti Kelab. Saya kisahkan betapa malangnya siswa siswi yang terlibat dengan aktiviti sosial negatif hugging, kissing, touching, clubbing, drinking dan mengenepikan empowering, sharpening, enriching melalui aktiviti sosial positif Kelab. Saya bacakan kata-kata hikmah Luqmanul Hakim dan kata-kata nasihat Dato Dr Haji Fadillah Kamsah.

Selebihnya saya serahkan kepada mereka untuk turut sama menyokong aktiviti Kelab dan mencabar mereka agar memberikan buah fikiran yang lebih baik untuk aktiviti semester hadapan.

3 comments:

iLa Fadilah said...

Salam puan, Apa khabar? sihat? Kalau kecik nak masuk kelab Inspirasi semula boleh? hehe

aniisma said...

Salam Kecik

Sangat dialu-alukan tapi selalunya degree students ini eksyen, dah malu nak masuk kelab-kelab ni...sorry gurau je...

Salam Ramadan buat Kecik..

iLa Fadilah said...

bukan malu..tapi since kenderaan tak mengizinkan..menyukarkan perjalanan jika ada perjumpaan..