Wednesday, July 28, 2010

Dari Dapur...

Bila berpuasa, mood memasak agak baik, agaknya sebab lapar, jadi asyik fikirkan makanan, makanan, makanan...Along kata, ala...mihun goreng putih, kenapa mama tak goreng warna merah, akhirnya dia juga yang makan banyak.

Mangga muda yang ditanam semasa menyewa di Taman Dedap. Jiran yang baik hati menelefon dan berkata, banyak mangga muda, Anikan rajin buat jeruk. Mangga dipotong memanjang, digaul dengan garam dan direndam dalam air gula.

Kek gula hangus, rupanya tidaklah secantik mana tapi rasa, alhamdulillah.


Hari Ahad yang lalu, buntu apabila memikirkan sarapan. Yang ada hanya nuget, roti dan telur. Nuget digoreng, dipotong memanjang. Letakkan hirisan nuget dalam roti dan digulung. Dicelup telur dan goreng.


Semasa durian sedang menggila di Jementah, jiran lama yang baik hati menemani suami membeli durian dari seorang tuan dusun. 10 biji durian yang cantik isinya. Enggan membazir, isi durian digaul bersama-sama tepung, santan, gula, telur. Bingka durian yang agak manis dan cantik apabila dipotong.

No comments: