Saturday, July 10, 2010

Dilema Islam di negara Islam

ESQ HARAM?

Kebetulan salah seorang trainer ESQ yang juga dua pupu saya bermalam di rumah saya semalam.

Kesempatan itu saya ambil dengan berbincang mengenai perkara yang mendukacitakan dalam sejarah motivasi diri secara lebih islamik. Sebelumnya, sempat saya membaca posting panjang lebar UZAR tentang module ESQ. UZAR bagi saya bersikap sangat realistik. Beliau tidak akan memberi komen melainkan beliau membuat penyelidikan terlebih dahulu. Ikutlah yang sepatutnya. Melalui penulisan UZAR, ESQ HALAL namun perlu membuat sedikit perubahan module agar tidak mengundang perbahasan.

Saya yang belum berkesempatan mengikuti sebarang program ESQ, tidak berani membuat sebarang komen. Namun bila membaca komen UZAR yang saya kagumi kerana penulisan ilmiahnya, saya juga merasakan seperti yang difikir UZAR.

Meletakkan tajuk ESQ HARAM di muka hadapan akhbar perdana sememangnya mengundang banyak implikasi ke atas pembangunan Islam di negara Islam, Malaysia.

Implikasi yang paling utama bagi saya ialah terserlahnya ketidakseragaman suara Mufti-mufti se Malaysia. Kenapa hanya seorang Mufti sahaja yang mengharamkannya? Mungkin beliau mempunyai pandangan tersendiri. Seperti pandangan segelintir Mufti tentang ASB.

Namun ada yang berkata itulah indahnya Islam. Perbezaan pendapat melahirkan perbincangan akademik yang sihat.

Isu ESQ ada kaitannya dengan dengan pegangan akidah. Lalu apa kesannya andai ada beberapa pendapat berkenaan akidah, perkara pokok dan bukannya perkara ranting. ESQ perkara pokok.

Dilema...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ani,
agaknya ada nak tutup isu lain...itu yang selalu saya fikirkan sejak akhir2 ni setiap kali ada isu berkaitan dengan Islam tersiar di media2. Saya juga setuju dengan tulisan UZAR berkaitan ESQ.

Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk memahami Islam yang syumul ini.

Ita.

Anonymous said...

Salam Ani,
agaknya ada nak tutup isu lain...itu yang selalu saya fikirkan sejak akhir2 ni setiap kali ada isu berkaitan dengan Islam tersiar di media2. Saya juga setuju dengan tulisan UZAR berkaitan ESQ.

Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk memahami Islam yang syumul ini.

Ita.